Apple Lancar iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X

Powered by WP Review

Apple telah melancarkan 3 model baru iPhone iaitu iPhone 8,8 Plus dan iPhone X hari ini 12 September 2017. Dari segi bentuk luaran, iPhone 8 dan 8 Plus tidak jauh beza dari model yang lama iaitu 7 dan 7 Plus dimana masih mengekalkan rekabentuk dan kamera yang sama.

iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X

Apple Lancar iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X

Namun terdapat penambahbaikan pada spesifikasi kamera kedua-dua model baru tersebut dengan fungsi ‘True Tone’ yang dibawa dari teknologi iPad. iPhone model terbaru itu juga dilengkapi dengan fungsi pengecasan tanpa wayar dan boleh digunakan pada kebanyakan perabot IKEA yang dilengkapi pengecas tanpa wayar.

iPhone X

Kini iPhone model baru tersebut dibina dengan rintangan air dan habuk. iPhone 8 dan 8 Plus mempunyai storan bermula 64GB sehingga 256GB.

Namun yang menjadi tarikan pada pelancaran model baru kali ini adalah iPhone X atau dikenali sebagai iPhone 10! iPhone 10 mengalami penaiktarafan yang sangat mendadak dan jauh berbeza dari model 8 dan 8 Plus.

Dilengkapi skrin 5.8 inci penuh bucu ke bucu OLED menyebabkan Apple membuang fungsi butang rumah dan menggantikannya dengan paparan penuh. Kini anda tidak perlu lagi runsing dengan masalah butang rumah yang seringkali gagal berfungsi, anda hanya perlu leret ke atas sahaja.

iPhone 10 dilengkapi pengecasan tanpa wayar, 7 megapiksel kamera hadapan dan 12 Megapiksel kamera berkembar di bahagian belakang yang dinaiktaraf. Kamera baru iPhone X ini menyokong rakaman video tertinggi resolusi 4K dengan 60fps dan 10x zoom tanpa menyebabkan piksel gambar pecah.

Disebabkan fungsi butang rumah yang dibuang, Apple telah memperkenalkan fungsi pengimbas wajah Retina bagi menggantikan fungsi pengimbas cap jari pada model lama.

Namun, iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X akan mula dijual sedikit lewat dari kebiasaan iaitu bermula 3 November di negara terpilih seperti Singapura, Australia, Jepun, Amerika Syarikat, Jerman dan dijangka Malaysia akan mula berada di pasaran lewat Disember tahun ini.

Harga iPhone 8,8 Plus dan iPhone X dijangka dijual dengan harga bermula RM3,799 , RM4,299 dan RM5,299

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih