Borang dan cara kemaskini BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia online

Powered by WP Review

Borang dan cara kemaskini BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia online – Kemaskini BR1M kini dibuka mulai 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Pemohon sedia ada yang telah menerima BRIM wajib membuat kemaskini maklumat untuk mengelakkan permohonan anda gagal. Bagi yang belum pernah memohon BRIM, anda boleh mengemukakan permohonan baharu. Bagi pelajar yang telah menerima bantuan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M), anda tidak layak untuk menerima BRIM. Manakala pasangan kepada penerima BR1M terdahulu yang meninggal dunia serta pemohon yang gagal/tidak layak dalam permohonan BR1M tahun lalu perlu membuat permohonan baru bagi BR1M 2018. Bagi penerima BR1M (sedia ada), pengemaskinian perlu dibuat sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun.

Borang Kemaskini BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online

Borang Kemaskini BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia Online

Pengumuman Terkini: Kemaskini BRIM 2018 boleh dilakukan secara online mulai 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017. Penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank. Pemohon sedia ada yang gagal mengemaskini BRIM 2018 akan menyebabkan permohonan gagal diproses.

Panduan Cara Kemaskini Permohonan BRIM 2018

Pemohon Sedia Ada: Sila klik Panduan Kemaskini BR1M 2018

Pemohon Baru/Gagal: Sila klik Daftar Baru BR1M 2018

Pengumuman Penting Mengenai Kemaskini/Permohonan Baru BR1M 2018

  • Salah satu pasangan yang telah meninggal dunia wajib mengemukakan permohonan baru
  • Pemohon BR1M yang gagal menerima BRIM wajib mengemukakan permohonan baru
  • Pelajar IPTA/IPTS penerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia KDS1M tidak layak menerima BRIM 2018
  • Permohonan manual BRIM 2018 boleh dapatkan borang menerusi kaunter LHDN.
  • Jika terdapat penambahan anggota keluarga, sila kemaskini permohonan anda.

Jadual Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Kategori Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000 (e-Kasih): RM1200

  • Ansuran pertama: RM400 pada Februari 2018
  • Ansuran kedua: RM400 pada Jun 2018
  • Ansuran Ketiga: RM400 pada Ogos 2018

Kategori Pendapatan Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM900

  • Ansuran pertama: RM300 pada Februari 2018
  • Ansuran kedua: RM300 pada Jun 2018
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada Ogos 2018

Kategori BR1M Individu Bujang: RM450

  • RM450 pada Feb 2018

Semakan Keputusan BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Semakan status pembayaran BR1M 2018 boleh disemak secara online menerusi applikasi semakan e-BRIM mulai Januari 2018 atau mengunjungi Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Sila klik Semakan Status Permohonan BRIM 2018

Senarai Bank Terlibat Dengan Pembayaran BR1M 2018

Tempoh Kemaskini BRIM 2018

27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017

Search terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih