Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Powered by WP Review

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik PTPTN – PTPTN merupakan satu tabung seliaan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan kewangan untuk sambung belajar ke pusat pengajian tinggi. Kemudahan ini sangat bermanfaat bagi mereka yang kurang berkemampuan serta mampu membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran.

Bagi peminjam PTPTN, setelah anda tamat pengajian anda perlu membayar ansuran pinjaman PTPTN enam bulan selepas tarikh tamat pengajian anda. Terutama bagi penerima yang menerima penukaran ujrah, tempoh bayaran balik anda akan ditetapkan mengikut baki pinjaman anda.

Cara Membuat Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Anda akan membayar untuk jumlah pinjaman yang dikeluarkan oleh PTPTN, termasuk kos-kos lain seperti caj layanan, perlindungan insurans, cukai setem dan pelbagai pembayaran seperti yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.

Sekiranya anda mempunyai masalah tertentu, PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik. Walaubagaimanapun demikian, untuk membuat penangguhan perlu memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Bayaran Balik PTPTN

Penangguhan Bayaran Balik PTPTN

Permohonan lengkap penangguhan perlu dikemukakan kepada PTPTN. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses dan kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.

Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN. Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.

Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan tidak menghalang PTPTN mengambil tindakan berikut, iaitu :

  1. Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS).
  2. Melaksanakan sekatan keluar negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia. Peminjam juga tidak dapat memohon atau memperbaharui pasport.
  3. Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan

Ansuran bulanan dan kos pengurusan sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal.

Kriteria Penangguhan

  1. Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.
  2. Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.
  3. Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).
  4. Peminjam yang telah menamatkan pengajian tetapi masih belum bekerja (tiada pendapatan). Tempoh maksima yang dibenarkan adalah 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pinjaman.
  5. Peminjam yang menerima penajaan lain, Penangguhan hanya boleh dipertimbangkan setelah membayar keseluruhan jumlah tajaan yang bertindih.
  6. Peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan, penangguhan hanya dipertimbangkan setelah kos guaman diselesaikan.

Borang Tangguh PTPTN Online

Sila muat turun borang penangguhan bayaran PTPTN yang disediakan di pautan dibawah.

Borang juga dilengkapi makluman syarat dan cara membuat penangguhan PLKN. Borang yang lengkap diisi perlulah dikembalikan pada PTPTN seperti alamat yang tertera pada borang.

Permohonan yang Tidak Dipertimbangkan

PTPTN juga tidak akan mempertimbangkan permohonan seperti yang dinyatakan dibawah :

  1. Pinjaman Konvensional;
  2. Peminjam yang melanjutkan pengajian secara separuh masa (contohnya PJJ, program Eksekutif atau setaraf);
  3. Peminjam yang mengambil cuti belajar dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau cuti tanpa gaji atas urusan peribadi;
  4. Peminjam menyambung belajar secara sepenuh masa dengan bergaji penuh atau bergaji separuh atau menerima sebarang elaun semasa/sepanjang tempoh pengajian; PTPTN-P-04/2-2004 Pin.10
  5. Peminjam tidak bekerja dan tempoh bayaran balik asal telah melebihi 24 bulan;
    Peminjam telah bekerja.

Sumber : PTPTN

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda membuat persediaan dan jika artikel ini berguna silalah share kepada rakan-rakan anda.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih