Punca Sebenar Casuarina Inn Yang Ditinggalkan Di Taiping

Powered by WP Review

Punca Sebenar Casuarina Inn Yang Ditinggalkan Di Taiping – Hotel budget yang dikatakan gah pada satu ketika dahulu yang bernama Casuarina Inn ini terletak di Taman Tasik Taiping, Perak. Reka bentuk yang amat menarik dan mempunyai seni bina bangunan British melakarkan sejarahnya yang tersendiri dan kekal disana tanpa penghuni. Ianya ditinggalkan tidak bertuan setelah sekian lama dan menyumbang ke arah kisah-kisah misteri kepada kisah hotel yang tiada pengunjung.

Punca Sebenar Casuarina Inn Yang Ditinggalkan Di Taiping

Punca Sebenar Casuarina Inn Yang Ditinggalkan Di Taiping

Untuk makluman anda semua, Casuarina Inn yang sebenarnya berfungsi sebagai rumah rehat untuk kegunaan pegawai British sewaktu mereka menjajah Tanah Melayu pada satu ketika dahulu sebelum kita menyambut kemerdekaan. Tidak ketinggalan juga, ia pernah digunakan sebagai kem dan dorm untuk tentera British merehatkan diri dan tempat tinggal mereka buat sementara waktu. Kemudian bangunan asal Casuarina Inn ditinggalkan kosong bertahun lamanya.

Casuarina Inn

Pada 12 September 1972, kerajaan negeri Perak telah mengambil alih setelah ianya ditinggalkan pihak British dan dijadikan sebagai sebuah hotel budget untuk kegunaan dan kemudahan orang awam serta pelancong. Upacara perasmian rumah rehat Taiping ini dilakukan oleh Almarhum Sultan Idris Shah dan dikelolakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR). Namanya kemudian ditukar kepada Casuarina Inn Taiping sepertimana ianya dipanggil hari ini dan dirasmikan oleh Mantan Menteri Besar Perak, Tajol Rosli pada 20 Mei 2000.

Casuarina Inn

Punca Sebenar Casuarina Inn Yang Ditinggalkan Di Taiping

Hotel budget yang dibangunkan dari pengambil-alihan ini mempunyai 24 bilik standard dan 2 bilik untuk keluarga. Untuk makluman anda, hotel ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain yang menjadi bonus buat ekonomi di Taiping kerana lokasinya berdekatan dekat dengan lokasi pelancongan menarik yang lain seperti Lumut, Pulau Pangkor, Taman Tasik Taiping, Bukit Larut dan banyak lagi di serata kawasan Larut.

Casuarina Inn

Pelbagai cerita yang kurang enak, seram dan misteri dari pengalaman pengunjung sendiri yang pernah bermalam ni hotel ini tersebar melalui penceritaan lisan mungkin kerana keadaan bangunan tersebut sangat seram dan ianya adalah bangunan lama. Disebabkan khabar angin berkenaan dengan cerita seram dan misteri semakin tersebar, hotel itu pun ditutup pada sekitar bulan Disember 2010 kerana dikatakan pihak pengurusan tidak menampung lagi kos pengurusan. Punca Sebenar Casuarina Inn Yang Ditinggalkan Di Taiping

Casuarina Inn

Ingatkah anda tentang khabarnya pada tahun 2010 dahulu Casuarina Inn dicadangkan akan dijadikan sebagai tapak permulaan bagi kereta kabel yang menghubungkan Bukit Larut, namun projek ini sunyi tanpa khabar berita dan perancangan itu tidak diteruskan lagi. Mungkin kerana lokasi tersebut benar-benar keras dan ianya untuk kepentingan bakal pengunjung juga pada satu hari nanti. Walau apa pun, bangunan ini haruslah dipelihara kerana senibinanya yang unik dan tidak wajar dibiarkan begitu sahaja. – orangperak

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih