Cerita Seram : Kisah Kondominium Port Dickson Tepi Laut Yang Berhantu

Powered by WP Review
Cerita Seram : Kisah Kondominium Port Dickson Tepi Laut Yang Berhantu

Cerita Seram : Kisah Kondominium Port Dickson Tepi Laut Yang Berhantu – Aku Hairi, berumur 25 tahun. Kejadian ini terjadi tahun lepas. Aku mengajak seorang rakanku untuk pergi ke Port Dickson untuk bercuti. Kami berdua sahaja. Masa tu baru je habis peperiksaan kat universiti. Konon nak rehatkan minda. Dari Kuala Lumpur kami menyewa sebuah kereta Myvi. Lepas sahaja Zohor kami terus bertolak ke Port Dickson. Tanpa persediaan untuk menginap di mana-mana, kami main terjah sahaja.

peta port dickson

Cerita Seram : Kisah Kondominium Port Dickson Tepi Laut Yang Berhantu

Sampai di Port Dickson petang tu, barulah kami sibuk google nak menginap di mana. Satu-satu tempat kami pergi, semuanya penuh. Ada hotel yang kosong, tapi harga sangatlah mahal. Tak mampu kami nak bayar. Hinggalah sampai ke satu hotel yang terletak di tepi jalan. Kami pun masuk untuk bertanya tentang bilik kosong. Akak penyambut tetamu hotel tu menyambut kami dengan senyuman. Katanya, nak kena periksa dulu ada ke tak bilik kosong.

Dalam 5 minit menunggu, kakak tu beritahu yang semua bilik dah penuh. “Bilik dah penuh la dik” kata akak tersebut. “La ye ke kak. Kami dah pergi hampir seluruh kawasan penginapan kat Port Dickson ni tapi semua penuh je” jawab aku. Akak itu menyambung “Yelah dik, datang masa cuti memang selalu macam ni”. “Oo, takpe lah kak kalau macam tu” kataku pasrah. “Eh, tapi akak ada kawan yang ada buat pakej penginapan ni. Bukan hotel la tapi kondominium” Akak itu memberi cadangan.

Dipendekkan cerita, kami terpaksa mengambil sahaja tawaran akak tadi. Dia tunjukkan peta dan kami sampai ke kondominium tersebut. Dari jalan utama, masuk ke simpang dan turun bukit sikit. Nampaklah kondominium tersebut. Waktu tu dah maghrib. Sampai di sana, kami berjumpa seorang apek katanya kawan akak tadi. Serius, kondominium tu memang nampak usang. Kat basement parking, walaupun banyak kereta tetapi tetap menyeramkan. Ada juga beberapa kereta yang nampak dah berhabuk seperti sudah lama terbiar di sana.
basement parking

Naik lif, sampai ke tingkat yang kami sewa. Bilik jauh sedikit dari lif.Sepanjang perjalanan ke bilik tu, aku cuba melihat pintu-pintu bilik yang lain kot-kot ada yang menginap. Nampak macam tak ada orang langsung. Selesai apek tu tunjukkan bilik, kami pun berehat la sekejap. Dari beranda rumah tu boleh nampak laut yang luas terbentang. Memang cantik view kondominium tu. Dan juga nampak kolam renang. Aku konon beria la ajak kawan tadi untuk tengok kolam tu lepas ni.

Sekitar pukul 7.30 malam. Aku dan kawan tadi cuba turun ke tingkat di mana ada kolam tadi. Nak tengok kolam yang kami nak mandi esok kan. Lagipun kami memang nak turun cari makanan. Lif berhenti di tingkat yang ada kolam tadi. Bila pintu lif terbuka je, gelap gelita. Cuma diterangi cahaya samar-samar dari lubang-lubang yang terdapat di sekitar bangunan tu. Kami pun tengok la kolam tu dan langsung tak ada lampu. Dengan keluasan macam tu, terasa macam memang bangunan kondominium tu terbiar.

Cerita Seram : Kisah Kondominium Port Dickson Tepi Laut Yang Berhantu
kolam renang

Dari kolam tu, aku dongak atas tengok kalau ada orang menginap. Aku cuma nampak ada 2,3 je bilik yang menyala. Sebab dah rasa seram, kami pun tak jadi nak ronda-ronda kolam. Jadi kami nak turun ke bawah sebab nak beli makanan. Aku cuba tekan butang lif turun. Tak ada respon walaupun menunggu lama. Takkanlah lif rosak. Tadi masa turun ok je. Nampaknya tak ada pilihan lain, kami kena turun melalui tangga. Bila aku buka pintu tangga. Ya Allah, gelap gelita. Langsung tak nampak apa. Bila aku on kan lampu henset, nak tengok keadaan tangga tu. Terkejut aku sampah berselerak kiri kanan tangga.
tangga gelap

Cerita Seram : Kisah Kondominium Port Dickson Tepi Laut Yang Berhantu

Dahlah nak kena turun tangga gelap, dengan keadaan macam tu. Kang ada apa-apa sembunyi kat tangga tu. Tak nampak langsung. Kami tak ada pilihan lain, nampaknya kena turun tangga juga. Kawan aku berjalan dahulu. Aku di belakang. Dengan keadaan takut, kami berjalan turun, tiba-tiba terasa ada tangan menyentuh bahu kananku. Aku dah tak tahu nak buat apa. Apa yang terfikir hanya nak cabut lari. Aku dengan cemas lari sekuat hati. Kawan yang di depan tadi pun ikut cabut.
tangan

Sampai di basement parking, cepat-cepat kami naik kereta nak keluar dari kawasan kondominium tersebut. Semasa turun lari tadi, mata aku sempat menangkap kelibat seperti perempuan berpakaian putih berada di sebelah kiriku. Di luar kondominium kami mencari makanan untuk mengisi perut . Selesai makan, jam dah pukul 9 malam. Aku ajak member tadi balik, tapi dia takut. Aku tak payah nak cakaplah, memang lagi takut. Ikutkan hati, nak je kitorang balik malam tu juga. Tapi barang-barang masih tinggal kat atas. Nak tak nak kena naik balik ambil.
hantu perempuan

Disebabkan kami berdua dah takut nak naik bilik kat kondominium tu kami ambil keputusan untuk tidur sahaja dalam kereta. Bila dah berada dalam kereta tu,aku cuba google pengalaman penyewa lain yang menginap. Memang kebanyakkanya pernah alami kisah mistik di sana. Ada yang cerita tempat tu ada kes perempuan bunuh diri. Kisah aku ni rasanya tak cukup mistik berbanding dengan yang orang lain alami. Tapi bila dah baca tu, menguatkan lagi perasaan takut kami untuk bermalam di sana malam itu.

Akhirnya, duit membazir macam tu je. Tanpa kami dapat tidur pun di sana. Keesokan harinya, pukul 8 pagi, kami kembali ke kondominium untuk mengambil barang. Alangkah terkejutnya kami bila melihat keadaan dalam rumah tu seperti ada yang tinggal semalam dengan cadar dan bantal berselerak di sana-sini padahal kami tak tidur pun di situ. Kami dah ketakutan, cepat-cepat ambil barang dan telefon apek tu untuk kembalikan kunci, dia suruh letak je atas meja. Pagi tu juga kami kembali ke Kuala Lumpur dengan perasaan takut. Pengajaran yang aku dapat, kalau nak menginap kat mana-mana periksa dulu latar belakang tempat tu. – kisahseram.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih