Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia – Al Fatihah

Powered by WP Review

Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia - Al Fatihah

Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia – Al Fatihah – SHAH ALAM – Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd, Datuk Maznah Hamid, 62, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 6.10 petang tadi. Menurut keluarga terdekat memberitahu Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Institut Jantung Negara (IJN).

Iron Lady, Datuk Maznah Hamid Meninggal Dunia – Al Fatihah

“Sebagai tanda ingatan, marilah kita bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarham Datuk Wira Maznah diberi pengampunan, dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh ALLAH SWT dalam kalangan para solehah,”katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Komplikasi pembedahan Maznah Hamid dilaporkan kritikal]

Difahamkan jenazah Allahyarham akan di bawa pulang ke kediaman pada malam ini pada jam 10 malam.

“Sesiapa yang ingin melawat jenazah, boleh ke Villa Maznah, Lot 3688, Jalan Ukay 2, off Jalan Lee Hin Neo, Ukay Heights, 68000 Ampang, selangor,” katanya lagi.

Dalam pada itu, difahamkan bahawa solat jenazah telah diadakan selepas solat Asar di Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak (Taman Tas, Ampang).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Raudhatul Sakinah, (Karak 2), Taman Selasih, Kuala Lumpur. – Sinar Harian

Al-Fatihah.

__________________________________________________________________________________________________

Biodata Datuk Wira Dr. Maznah Binti Abd. Hamid

Alamat:No. 55, Kompleks Udarama, Jalan 2/64A, Off Jalan Ipoh, 50350, Kuala Lumpur, Malaysia
Tel:03-4042 0266
Faks:03-4041 1134 / 03-4041 1158
E-mel:maznah@securiforce.com.my
Laman Web:www.maznahhamid.com

www.securiforce.com.my

Datuk Wira Dr. Maznah Binti Abd. Hamid telah dilahirkan pada 18 April 1955 di Ayer Hitam, Kedah. Beliau telah berkahwin dengan Haji Shaheen Mirza Bin Habib dan dikurniakan 5 orang cahaya mata. Beliau memiliki Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal Pembangunan Insan dari Central State Univerity of New York. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce sejak tahun 1981 sehingga kini. Meskipun beliau telah berkahwin tetapi status itu tidak menjadi penghalang bagi beliau untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburinya malah beliau merupakan wanita pertama di Malaysia yang mengetuai sebuah syarikat kawalan keselamatan.

Securiforce telah didaftarkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 27 September 1980. Nama Securiforce dipilih kerana syarikat ini menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan. Berbekalkan keberanian dan keyakinan diri, Datuk Dr. Maznah mula mencebuti bidang perniagaan keselamatan dengan hanya bermodalkan RM5,000 dan lima orang pengawal hasil dari duit simpanan beliau ketika beliau menjadi guru bahasa dan penterjemah kepada duta asing.  Beliau yang asalnya adalah orang susah, terpaksa jual rumah untuk dijadikan modal permulaan berniaga dan kemudiannya berpindah ke rumah setinggan tanpa bekalan elektrik dan air, membawa anak-anak ke pejabat bila malam, mengalami kesibukan 24 jam seminggu malah beliau sendiri turun padang sebagai pekerja menguruskan operasi syarikat daripada pengumpul bil, peronda dan pengawal keselamatan. Kini beliau telah berjaya menerajui lebih 65 buah cawangan, mempunyai lebih 6,000 orang kakitangan dan memiliki ratusan senjata api  dan van kalis peluru.

Securiforce telah merekacipta dan menghasilkan sendiri van kalis peluru tersebut. Securiforce yang diterajui oleh beliau kini telah berjaya menyaingi lebih 400 buah syarikat lain seumpanya dan sekaligus menjadi syarikat kawalan keselamatan yang terbesar di Malaysia. Securiforce mempelopori konsep keselamatan yang lengkap. Securiforce menyediakan perkhidmatan Perlindungan, Tunai-dalam-Transit, ‘Overnight Vaulting’, Perkhidmatan Pengurusan Tunai, Keselamatan Elektronik , Perkhidmatan Lori Berperisai , dan Penghantaran Kargo & Logistik.

Perkhidmatan-perkhidmatan Securiforce

Perlindungan : Menyediakan perkhidmatan untuk memastikan keselamatan di premis/lokasi yang dikehendaki oleh pelanggan. Anggota keselamatan yang ditempatkan di mana-mana premis/lokasi telah diperiksa oleh polis, terlatih dan berdisiplin.

Tunai-dalam-Transit : Menyediakan perkhidmatan pergerakan wang tunai atau barang-barang berharga dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan menggunakan kereta perisai peluru.

‘Overnight Vaulting’ : Menyediakan bilik kebal bagi penyimpanan barang-barang berharga , wang tunai, emas, perak dan apa-apa barang berharga lain sebelum ke destinasi akhir pada hari yang berikutnya. Bilik kebal yang dibina adalah mengikut spesifikasi keselamatan yang ideal Bank Negara. Kemudahan ini disediakan sepanjang masa sepanjang tahun, termasuk cuti umum.

Perkhidmatan Pengurusan Tunai : Menyediakan perkhimatan untuk pemprosesan penyimpanan dan pengedaran Syiling, Nota pemprosesan / perkhidmatan deposit commercial dan ‘Overnight Vaulting’dan perkhidmatan penyimpanan.

Keselamatan Elektronik : Menyediakan perkhidmatan sistem pengawasan keselamatan elektronik seperti pemasangan kamera, pusat sistem Klonitonng, sistem akses kad elektronik dan lain-lain yang menjurus ke arah mencegah dan mengesan sebarang pencerobohan yang tidak diingini ke premis pelanggan. Semua sistem keselamatan elektronik merangkumi penyelenggaraan jangka panjang.

Perkhidmatan Lori Berperisai : Lori perisai digunakan untuk menghantar barang berharga dari satu lokasi ke lokasi yang lain dengan  selamat dan terjamin. Ini kereta perisai berulang alik laluan serantau antara Singapura dan Malaysia sepanjang tahun. Selain itu, Securiforce menyediakan pengambilan dan penghantaran barang-barang berharga dari premis pelanggan ke lapangan terbang atau sebaliknya. Lori perisai juga dilengkapi dengan Sistem Kedudukan Global (GPS). Securiforce juga memastikan sistem pemantauan yang ketat sepanjang masa bekerja, pengesanan masa nyata dan pengesahan mengenai lokasi sebenar kenderaan 24 jam sehari dan 365 hari setahun.

Penghantaran Kargo & Logistik : Menyediakan perkhimatan penghantaran melalui darat, laut dan udara dengan menggunakan sistem dan proses inovatif serta dilengkapi dengan perkhidmatan lori perisai.

Securiforce mempunyai reputasi yang baik dalam menyediakan perkhidmatan kawalan keselamatan dan telah mendapat kepercayaan serta keyakinan pelbagai organisasi komersial yang meluas di seluruh negara terutama bank-bank dan institusi kewangan yang lain, agensi-agensi kerajaan , kedai runcit dan rantaian entiti komersial lain. Hasil daripada kegigihan beliau menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak yang membina pangsapuri/kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce telah melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa meliputi rantau Asia, Eropah dan Timur Tengah dengan menubuhkan Securiforce Logistik (agen penghantaran darat, laut dan udara), Securiforce Logistik memiliki cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Kejayaan beliau amat dikagumi oleh pelbagai pihak dan segala lapisan masyarakat kerana kesemua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada bank.

Beliau telah menubuhkan Maznah Motivational Centre bagi membantu para usahawan baru serta mereka yang pernah gagal dalam kehidupan mendapat motivasi diri. Selain itu, dengan berbekalkan pengalaman 30 tahun dalam bidang perniagaan, beliau telah membuka Klinik Keusahawanan di seluruh negara bagi membantu mereka yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan. Beliau juga telah menerbitkan beberapa buah buku motivasi Antara buku dapat sambutan hangat bertajuk Motivasi Memburu Kejayaan dan buku mini siri Rahsia 3K- Kejayaan, Kebahagiaan dan Kekayaan.

Faktor kejayaan beliau didorong oleh kekuatan diri, usaha gigih, keberanian dan keyakinan diri dan sanggup bekerja lebih daripada gaji yang dibayar. Kejayaan beliau dianggap sebagai model usahawan yang berjaya dan dikagumi masa kini dan beliau diberi gelaran “The Iron Lady”.

Beliau juga merupakan seorang wanita yang sangat aktif di dalam persatuan dan memegang berbagai jawatan. Antaranya beliau telah dilantik menjadi

    • Ø  Vice President of the Women World Entrepreneur Association (FCEM)
    • Ø  Ahli Lembaga Pengarah Golden Hope Plantations Berhad
    • Ø  Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Sultanah Bahiyah, Kedah
    • Ø  Felo Adjung Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia – (UUM)
    • Ø  Pengerusi, Ahli Lembaga Pengarah Uniutama Property Sdn Bhd. (UPSB) – UUM
    • Ø  Ahli Lembaga Pengarah, Uniutama Managament Holdings Sdn Bhd (UMHSB) – UUM
    • Ø  Ahli Majlis Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
    • Ø  Ahli Majlis Penasihat Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)
    • Ø  Ahli Majlis Pelan Tindakan Pembangunan Ummah, Jabatan Perdana Menteri
    • Ø  Ahli Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
    • Ø  Pengerusi, Biro Keusahawanan, Pergerakan Wanita UMNO Malaysia
    • Ø  Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah
    • Ø  Ketua Wanita, Barisan Nasional, Negeri Kedah
    • Ø  Pengerusi, Ekonomi & Keusahawanan Wanita UMNO Negeri Kedah
    • Ø  Ketua Wanita, Pergerakan Wanita UMNO Negeri Kedah, Bahagian Jerlun
    • Ø  Pengerusi, Majlis Pembangunan Wanita & Keluarga (MPWK) Parlimen Jerlun, Kedah
    • Ø  Presiden Kehormat USAHAWATI
    • Ø  Presiden , Malaysian Association of Profession Speakers (MAPS)
    • Ø  Advisor, Excellerated Business School Inc, USA
    • Ø  Advisor, Success Resources Training School, Pte Ltd

Di atas kecemerlangan dan ketokohannya, beliau telah dikurniakan anugerah-anugerah berikut :

  • Ø  Anugerah Graduan Cemerlang Daya Kepimpinan Diri – PDL.
  • Ø  Anugerah Tokoh Usahawan – DPMM (WP) – 1990
  • Ø  Anugerah Wanita Cemerlang Tan Sri Fatimah Hashim -Avon
  • Ø  Anugerah Wanita Kehormat – Universiti Putra Malaysia
  • Ø  Anugerah Khas Hari Kualiti Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)
  • Ø  Anugerah Kecemerlangan Wanita 2005 – Majalah Her World
  • Ø  Anugerah Wanita Kedah Cemerlang 2006 – Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman
  • Ø  Tokoh Usahawan 2006 – DPMM – Kedah
  • Ø  Anugerah BrandLaureate –SMEs, Brand Personaliti 2007 – (The Asia Pacific Brand Foundations – APBF)
  • Ø  Anugerah Ibu Usahawan 2008 – AVON
  • Ø  Anugerah Ijazah Kehormat Keusahawanan 2008 – Help University
  • Ø  Anugerah ‘Tribute to Women 2008’ – (Usahawan)
  • Ø  Anugerah Usahawan Luarbiasa – National Women Entrepreneurs Award 2008 – (NWEA – SMIDEC)
  • Ø  Anugerah Phd, Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan dalam bidang Keusahawanan, Motivasi dan Modal          Pembangunan Insan dari Central State University of New York
  • Ø  Anugerah Perdana Menteri Usahawan Wanita 2011 (Finalis)
  • Ø  Anugerah Platinum Entrepreneur Award 2011 – SME Recognition Award 2011
  • Ø  Anugerah Tokoh Ibu Harmoni 2012 – Utusan Karya
  • Ø  Anugerah “Lady Extraordinaire Inaugural Women of Excellence Awards 2014″.
  • Ø  Anugerah “Great Entrepreneur Brand ICON Leadership Awards Asia Pacific 2014”.
  • Ø  Anugerah ”Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah” –membawa Gelaran Dato’Wira – 18 Januari

 

Sumber rujukan

www.maznahhamid.com

www.securiforce.com.my

http://www.sinarharian.com.my/personaliti/iron-lady-inspirasi-wanita-1.211501

http://matrikutama.blogspot.my/2012/04/kisah-kejayaan-ikon-business-malaysia.html

Search terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih