Live streaming Drama Awak Suka Saya Tak

Powered by WP Review

Awak Suka Saya Tak
Live streaming Drama Awak Suka Saya Tak – Nantikan drama adaptasi novel Awak Suka Saya Tak karya Melur Jelita yang akan menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria. Membawakan gandingan utama iaitu Alvin Chong dan Emma Maembong. Drama 16 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Raja Ahmad Alauddin. Akan menemui penonton bermula 25 September ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132.

Live streaming Drama Awak Suka Saya Tak

JUDUL : AWAK SUKA SAYA TAK ?

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 25 September 2017
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 & Ria HD 123
SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Melur Jelita
PENGARAH : Raja Ahmad Alauddin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Alvin Chong, Emma Maembong, Sabhi Saddi, Rebecca Nur, Raden Ahmad Faizal, Kael, Fieza Jolie, Aman Aziz, Mustapha Kamal, Susan Manen, Angeline Tan, Joyce Harn, Michelle Tan, Jesse Lim

WATAK PELAKON 

Alvin Chong sebagai Hilman Yong Abdullah / Damien Yong
Emma Maembong sebagai Puteri Intan Zulaikha
Sabhi Saddi sebagai Nazim
Rebecca Nur Islam sebagai Salina
Raf Yaakob sebagai Danish
Kael sebagai Azad
Aman Aziz sebagai Yasin
Fieza Jolie sebagai Lily
Amalina Smith sebagai Shasha
Mustapha Kamal sebagai Dato Megat
Susan Manen sebagai Datin Sofea

LAGU TEMA / OST AWAK SUKA SAYA TAK 

Tajuk : Jangan

Penyanyi : Aziz Harun

Video → LINK

SINOPSIS AWAK SUKA SAYA TAK

Kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Hilman telah jatuh cinta dengan Intan sejak pertama kali ketemu lapan tahun yang lalu di sebuah restoran. Hilman, seorang yang baru mengenali Islam berdoa agar dipertemukan dengan Intan lagi. Mereka bertemu kembali dan mula rapat. Hilman cuba melamar Intan tetapi ditolak kerana Intan belum bersedia.

Tiga tahun kemudian, Intan ketemu dengan Hilman ketika mengendalikan kursus di Kuala Terengganu. Mereka kembali rapat dan merancang untuk berkahwin. Namun tragedi berlaku, Hilman kemalangan lalu hilang ingatan. Munculnya Damien yang tidak ingat akan agama. Intan berusaha untuk mengembalikan ingatan Damien kepada agamanya dan mengembalikan cintanya yang hilang.

GAMBAR PELAKON

Pelakon Awak Suka Saya Tak
Intan dan Hilman

sumber: www.myinfotaip.com

_____________________________________________________________________________________

Sinopsis
Awak Suka Saya Tak? ialah kisah kasih sayang antara Hilman Yong, seorang kacukan Korea-Amerika-Cina dan Intan Zulaikha, seorang gadis Melayu. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah, mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman, seorang yang baru mengenali Islam, lebih mencintai Islam daripada Intan yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana keakuannya.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan dengan aksinya yang berani, seksi, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Akhirnya, Hilman dan Intan berdua bersetuju untuk mengikat janji bahagia bagi hidup bersama menanti hari untuk disatukan dan digelar suami isteri. Sayangnya manusia hanya mampu merancang dan Allah yang berhak menentukan segalanya. Sekali lagi Intan kehilangan Hilman pada saat hari bahagia mereka. Adakah mereka ada jodoh atau sebaliknya?

Latar penciptaan novel
Awak Suka Saya Tak? (ASST) lahir daripada kesedihan hati novelis Melur Jelita yang melampau melihat perpecahan, pergaduhan dan syak wasangka antara kaum, agama, bangsa, keluarga, jiran, suami isteri, ibu anak dan sebagainya. Tidak sedikit fitnah yang timbul kerana sebab-sebab ini.

Hasrat novelis adalah untuk menyatupadukan seluruh manusia di dunia dengan kasih sayang tanpa mengira siapa. Melur mengakui bahawa bunyi hasratnya macam hebat sangat dan mustahil tetapi baginya, lebih baik dia bermimpi dan mencuba merealisasikan hasrat itu dengan secebis coretan yang penuh belasahan. Tambah Melur, sekurang-kurangnya dia ada menyumbang sesuatu dan berusaha ke arah itu, walau sebaris ayat untuk melahirkan insan yang berkasih sayang antara satu sama lain.

Sekeratan daripada novel
“Welcome sir, madam… what’s your preference? What’s your budget?”

“I prefer white gold..with one diamond. Genuine diamond, don’t want false one.” jelas ku.

“Don’t worry, everything here are genuine. What’s your budget Miss?”

“RM5k or better.. but not more then RM10k.”

Maka dikeluarkannya lagi yang tersimpan di dalam kotak. Selepas puas memilih dan mengacu, akhirnya aku memilih sebentuk cincin idaman hati, konon yang terletak cantik di jari manis ku.

Selepas membayar, abang menghulurkan kad kahwinnya kepada dia. Dia menerimanya dengan senyum. Aku pun berbasa basi.

“Jemput la ya .”

“InsyaALLAH… terima kasih kerana menjemput.”

InsyaALLAH? aku silap dengar ke.

“By the way, this is my card. Kalau nak apa-apa lagi, nak beli cincin, gelang, rantai atau apa saja, please come again. Very glad to know you guys.”

Aku baca kad yang dihulurkannya.

MUHAMMAD HILMAN YONG

“Sori ya nak tanya. You ni convert ke?”

“Ya saya. I’m a Chinese Muslim.” Islam rupanya, patut la tak salam aku.

“Bila tu?”

“After my 21st birthday…” dia menjawab dengan tenang sambil tersenyum.

Aku mengamati wajahnya. Hemm..not bad. Mata tak la sepet sangat. Hidung mancung. Rambut potongan terkini. Lagi tinggi dari abang. Tegap badannya. Pandai kung fu ni kot. Patut la wife dia berkenan kat dia. Mesti masuk Islam sebab nak kahwin dengan orang Melayu ni. Tak ikhlas! Perempuan Melayu pun satu. Dah habis ke lelaki Melayu kat Malaysia ni sampai nak kahwin dengan bangsa asing? – wikipedia.org

Search terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih