Jadual Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Powered by WP Review

Jadual Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia – Ramai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang ingin mengetahui bila tarikh pembayaran BR1M tahun 2018. Untuk tahun ini, Tarikh Pembayaran BR1M 2018 atau jadual pembayaran akan dibuat seperti tahun lepas iaitu sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang, yang dibayar hanya sekali. Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 adalah dari 27 November sehingga 31 Disember 2017.

Menerusi pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017 yang lalu, jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) untuk semua kategori penerima. adalah sama seperti tahun 2017. Ini bermakna, jumlah bayaran BR1M adalah berjumlah dari RM450 sehingga RM1,200 bergantung kepada kategori penerima.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Duit Masuk

Jadual Pembayaran BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2018 berdasarkan kepada kategori penerima bantuan. Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas makluman rasmi dari Portal e-BR1M.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Semua Kategori

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan RM450

  • Februari 2018 : RM450 (Akan dikemaskini)

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

  • Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
  • Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

  • Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)
  • Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)
  • Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Duit Masuk

Nota Penting

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017.

Waris perlu membawa dokumen berikut:

  1. Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)
  2. Kad Pengenalan Asal Waris
  3. Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Untuk maklumat yang sahih BR1M 2018, sila rujuk kepada phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M. Phamplet BR1M 2018 dalam PDF boleh dimuat turun di BR1M.

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah kaedah pembayaran BR1M 2018 melalui beberapa kaedah pembayaran seperti berikut:-

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Senarai Bank Yang Terlibat Untuk Pembayaran BR1M 2018

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
  4. AM BANK BERHAD
  5. AL RAJHI BANK
  6. BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
  7. BANK RAKYAT
  8. MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
  9. BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)
  10. CIMB BANK BERHAD
  11. CITIBANK BERHAD
  12. HONG LEONG BANK
  13. HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
  14. MAYBANK
  15. OCBC BANK
  16. PUBLIC BANK BERHAD
  17. RHB BANK BERHAD
  18. STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
  19. UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Cara Hubungi BR1M

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2018, boleh hubungi:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

  • Pejabat Belanjawan Negara
    Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)
    Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

  • 1-800-88-2716
    Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

  • 03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

  • br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Jadual Duit Masuk boleh dijadikan panduan buat semua penerima bantuan. Ingat, gunakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperolehi dengan betul dan berhemah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih