Keputusan Kedah vs Felda United TM Piala Malaysia 2017

Powered by WP Review

Keputusan Kedah vs Felda United TM Piala Malaysia 2017 – PENYANDANG juara Piala Malaysia, Kedah hampir pasti mempertahankan gelaran itu apabila mara ke pentas final Piala Malaysia 2017 selepas menewaskan Felda United 2-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Darul Aman, malam ini.

Keputusan Kedah vs Felda United

Pasukan itu mara dengan agregat 3-1 untuk memastikan langkah Hijau Kuning ke final tiga kali berturut-turut bertemu Juara Liga Super, JDT pada 4 November ini di Stadium Shah Alam.

Keputusan Kedah vs Felda United TM Piala Malaysia 2017

Pada perlawanan tersebut, separuh masa pertama dilihat seimbang biarpun tuan rumah gagal menurunkan tiga tonggak utama iaitu ketua pasukan, Khairul Helmi Johari serta dua tonggak import, Liridon Krasniqi dan Ken Ilso Larsen akibat pengantungan satu perlawanan dan kecederaan.

Penyerang muda Hijau Kuning, Syafiq Ahmad berjaya mengalas tugas dengan baik membantu barisan jentera serangan malah beliau hampir menjaringkan gol pada hujung perlawanan namun percubaannya lemah apabila sekadar melintasi depan gol The Fighters.

Babak separuh masa kedua bermula, Wan Zack Haikal berpeluang untuk meletakkan The Fighters di hadapan pada minit ke-49 apabila hanya berdepan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang muda itu.

Pada minit ke-61, Thiago Augusto hampir mengecewakan bekas pasukannya namun percubaannya terkena tiang sebelum sekali lagi ditangkap oleh Ifwat Akmal.

Sandro Da Silva akhirnya memecahkan kebuntuan pada minit ke-70 mengembirakan 25,000 penyokong setia mereka untuk meletakkan tuan rumah 1-0 di hadapan selepas menerima hantaran daripada Syafiq.

Felda United yang terkejut dengan jaringan tersebut mengadankan asakan dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi Thiago namun tandukannya sedikit tersasar.

Sandro terus membuktikan kudratnya memang diperlukan oleh Kedah apabila menjaringkan gol kedua sekaligus membawa Kedah ke final Piala Malaysia apabila meledakkan gol kedua pada minit ke-85 hasil hantaran pemain gantian, Akram Mahinan. – Sinar Harian

Search terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih