Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibubapa

Powered by WP Review

Semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibubapa – Ibu bapa atau penjaga kepada murid sekolah kini boleh menyemak keputusan ujian dan peperiksaan anak-anak secara online – Ujian 1, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Ujian 2, Peperiksaan Akhir Tahun, serta peperiksaan percubaan UPSR, PT3 & SPM. Semakan boleh dibuat melalui laman web Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) NKRA. Sistem ini akan memaparkan slip keputusan serta markah peperiksaan pelajar. SAPS NKRA menyediakan semakan bagi Darjah 1 hingga Darjah 6 untuk sekolah rendah. Manakala bagi sekolah menengah pula ia hanya menyediakan semakan bagi Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

Untuk memastikan keputusan peperiksaan telah dikemaskini semasa semakan dibuat, pastikan semakan dibuat setelah markah selesai diisi.

Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan SAPS Ibubapa Secara Online

Sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Klik pautan berikut untuk ke laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.phpSemakan Keputusan Peperiksaan
  2. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).
  3. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
  4. Masukkan kod pengesahan (captcha) seperti tertera.
  5. Klik butang Semak, dan anda akan dibawa ke menu utama seperti paparan di bawah:SAPS Ibubapa menu utama
  6. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
  7. Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.

Semoga perkhidmatan semakan Keputusan Peperiksaan SAPS Ibubapa ini dapat membantu ibubapa dalam memantau prestasi akademik anak masing-masing.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih