Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda

Powered by WP Review
Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda

Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda – Drama bersiri Tukar TukarMenu yang akan bersiaran 16 episod ini diterbitankan Jutaan Ringgit Sdn Bhd dan arahan pengarah Rusdi Ramli. Cuba lari daripada kebiasaan drama ini akan memaparkan satu resepi pada setiap episod.

Pengarahnya, Rusdi Ramli berkata, ini pengalaman pertama dia mengarahkan drama sebegini yang memberikan cabaran tersendiri.

“Rumitnya mengarah drama ini adalah resepi yang diketengahkan dalam skrip. Kebanyakan resipi itu bukan resipi biasa sebaliknya lebih kepada masakan tradisional. Jadi, ada resipi yang memang susah nak mencari bahannya.

Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda

“Pada masa sama saya tak boleh menipu penonton dengan meletakkan bahan lain. Nak tak nak saya kena mengarahkan kru untuk mencari juga bahan. Kalau betul tak ada, baru saya berbincang dengan penulis skrip untuk menukar resipi,” katanya.

Rusdi berkata, jalan cerita drama ini begitu unik kerana resipi yang dipaparkan adalah resipi turun-temurun Mak Ati lakonan Norlia Ghani.

Pada masa sama, sebahagian resipi lain diberikan penduduk kampung yang menjadi cabaran buat Khatijah lakonan Izreen Azminda untuk menyediakan masakan itu.

“Memandangkan drama ini akan ditayangkan Ramadan ini, ia memang sesuai buat penonton. Sambil menonton mereka juga mendapat idea dalam menyediakan juadah berbuka puasa.

“Setiap resipi yang disediakan dipaparkan bahan dan cara penyediaan. Penonton boleh mengambil terus dari situ. Menariknya juga, jalan cerita ini tak memaparkan babak makan pada waktu siang bagi menghormati Ramadan,” katanya.

Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda

Pada masa sama, drama ini tetap menyelitkan konflik sepanjang jalan cerita membabitkan Mak Ati, Khatijah dan Cef Shak lakonan Cef Fikree.

Drama yang menjalani penggambaran di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor ini mengisahkan Khatijah atau Cat (Izreen Azminda) terpaksa pulang ke kampung bagi menjaga ibunya Mak Ati (Norlia Ghani) yang diserang angin ahmar.

Di kampung Cat terjumpa semula bekas kekasihnya iaitu Cef Shak (Cef Fikree). Ketika itu masing-masing dengan status janda dan duda anak satu.

Pada mulanya Cef Shak mengelak untuk berjumpa Cat kerana teringatkan peristiwa lama dia ditinggalkan Cat semata-mata memilih lelaki mat salih sebagai calon suami.

Namun, Cat tetap berusaha memujuk dan menambat hati Cef Shak semula.

Dipaparkan juga bagaimana Cat dan Cef Shak setiap hari menyediakan menu berbeza dan diberikan kepada jiran mereka.

Selain Izreen, Fikree dan Norlia Ghani, drama 16 episod ini turut menampilkan dua pelakon kanak-kanak iaitu Muztaza dan Baby Sofea.

Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda

Bagi Izreen, drama ini kerjasama pertamanya dengan Rusdi dan Fikree.

“Bekerja dengan Abang Boy (Rusdi) sangat ‘best’, tenang dan cepat. Pendek kata setiap hari di lokasi memang gembira. Memandangkan dia pelakon, dia tahu sudut menarik dan tepat bagi setiap babak.

“Fikree pula, walaupun ini pengalaman pertama berlakon drama bersiri tapi tak nampak kaku. Dia sangat semula jadi. Mungkin sebab dia sudah biasa di hadapan kamera, jadi semuanya berjalan lancar,” katanya.

Menurut Izreen, sepanjang berlakon drama ini, dia banyak menimba ilmu baru terutama dalam bidang masakan.

Izreen meluahkan rasa seronok apabila dapat belajar memasak membabitkan beberapa jenis masakan tradisional.

Sementara itu, Fikree menyifatkan berlakon dalam drama ini pengalaman baru untuknya.

“Sebelum ini saya pernah berlakon telefilem Hantu Botox di TV3. Tapi ini adalah drama bersiri pertama saya. Memang masih wujud perasaan malu kerana ia berbeza daripada program masakan, tapi ia satu pengalaman baru. Saya menganggap ini sebagai rezeki anak dan isteri. Lagipun, watak yang diberikan berkaitan masakan. Apa saya boleh katakan, berlakon memang susah. Bukan semua orang boleh menjadi pelakon.

“Pembabitan dalam drama ini sekadar ingin mencuba. Saya berharap ia memuaskan hati semua pihak apabila ditayangkan kelak,” katanya.

Live Streaming Drama Tukar Tukar Menu Lakonan Izreen Azminda

Ditanya mengenai kerjasamanya dengan Rusdi dan Izreen, Fikree memuji sikap profesional dalam bekerja mereka selain banyak membantunya.

“Abang Rusdi seorang yang ‘sempoi’, banyak pengalaman dan tak lokek ilmu. Saya bertuah apabila dapat bekerja dengannya.

“Begitu juga dengan Izreen yang pada mulanya saya agak bimbang kerana dia pelakon dikenali dan hebat. Bagaimanapun, dia banyak membantu saya dari segi lakonan. Memandangkan kami banyak babak bersama, keserasian perlu ada.

“Saya menghormati orang yang berbakat seperti Izreen. Disebabkan itu saya malu dan takut sekiranya tak berjaya menghidupkan watak itu dengan betul,” katanya.

Saksikan nanti drama Tukar Tukar Menu yang akan bersiaran pada bulan Ramadan nanti di TV3.

Credit to www.kbergetar.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih