Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Filipina 22.3.2017

Powered by WP Review

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Filipina 22.3.2017 – Skuad kebangsaan kembali berkumpul menjalani latihan ringan pada Isnin selepas hampir lima bulan berehat daripada sebarang aksi antarabangsa. Seramai 23 pemain dipanggil menjalani latihan pusat bagi persediaan perlawanan persahabatan ‘A’ menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal pada 22 Mac.

malaysia vs filipina

Bagaimanapun dua daripada mereka, Nazirul Naim (Perak) tidak dapat bersama skuad Datuk Ong Kim Swee ini kerana mengalami kecederaan, manakala pertahanan Sarawak, Roni Harun akan tiba selewat-lewatnya Isnin malam.

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Filipina 22.3.2017

Manakala dua pemain JDT, Mohd Fadhli Mohd Shah dan Ahmad Hazwan Bakri terlibat dengan aksi Piala AFC dan dijangka melaporkan diri pada Rabu ini.

Penolong jurulatih, Brad Maloney mengambil-alih tugas Kim Swee yang masih bercuti susulan kematian bapanya Selasa lalu.

“Hari pertama sesi latihan hanya menumpukan latihan fizikal serta proses pemulihan pemain-pemain yang beraksi dalam liga sepanjang minggu lalu.

“Ia lebih kepada sesi penyesuaian diri pemain-pemain selepas agak lama tidak berkumpul,” jelas Maloney kepada media pada sesi latihan di Wisma FAM, Isnin.

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Filipina 22.3.2017

Brad Maloney

Mengulas tentang sesi latihan yang diawalkan pada pukul 4 petang, Maloney menjelaskan ia adalah untuk memberi penyesuaian kepada pemain-pemain sebelum ke Filipina.

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Filipina 22.3.2017

“Di sana perlawanan akan berlangsung pada pukul 4 petang, dan cuaca panas lebih kurang di sini.

“Sekurang-kurangnya pemain dapat membiasakan diri ketika di sana nanti,” ujarnya.

Selain perlawanan persahabatan, skuad Harimau Malaysia dalam persiapan perlawanan sulung Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

Bagaimanapun aksi tersebut ditunda berikutan konflik diplomatik  Malaysia dan Korea Utara.

Live Streaming Perlawanan Malaysia Vs Filipina 22.3.2017

Senarai pemain:

Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy, Muhammad Shahrom Abdul Kalam, Nazirul Naim Che Hashim, Shahrul Mohd Saad, Mohamad Nasir Basharudin, Mohamad Zaquan Adha Abd Radzak (Perak), Khairul Helmi Johari, Mohd Rizal Mohd Ghazali, Baddrol Bakhtiar, Muhammad Akram Mahinan dan Mohd Syazwan Zainon (Kedah).

Mohamad Fadhli Mohd Shah, Ahmad Hazwan Bakri (JDT), Mohd Farizal Harun,Muhammad Hadin Azman (Felda United), Matthew Davies, Mohd Afif Amiruddin (Pahang), Mohd Khairulazhan Mohd Khalid, S. Veenod (Selangor), Khair Muhammad Jefri Jones, Mohd Amri Yahyah (Melaka United), Mohd Safee Mohd Sali (PKNS FC) dan Ronny Harun. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih