Live Streaming Rockanova di Astro Prima dan Maya HD

Powered by WP Review

Live Streaming Rockanova di Astro Prima dan Maya HD

Live Streaming Rockanova di Astro Prima dan Maya HD – Program Rockanova yang akan mula bersiaran pada 29 Mac di Astro Prima dan Maya HD akan menampilkan Edry dan Datuk Awie sebagai juri tetap, manakala Hattan pula menggalas tanggungjawab sebagai guru vokal dan persembahan.

Sesi uji bakat berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu dihadiri lebih 300 peserta untuk mencuba nasib. Jurinya, Datuk Hattan dan Edry Abdul Halim mengakui rata-rata peserta yang hadir sekadar suka-suka, namun tidak menafikan ada juga yang benar-benar berjiwa rock sejati.

Live Streaming Rockanova di Astro Prima dan Maya HD

“Sebanyak 70 peratus yang hadir sekadar mencuba nasib dan untuk suka-suka saja. Namun, ada juga yang benar-benar faham dengan muzik rock dan ada dalam jiwa mereka.

“Kira-kira 200 peserta dipilih berdasarkan uji bakat awal yang diadakan menerusi Instagram. Apa yang boleh saya katakan mereka ingin mencuba nasib, namun ada yang kurang persediaan apabila nampak takut dan gemuruh,” kata Edry.

Menurut Edry, ada juga beberapa peserta yang hadir memiliki vokal mantap, namun penguasaan pentasnya mengecewakan.

“Untuk peserta yang kurang mampu menguasai pentas, mereka mungkin lebih sesuai menyanyi di YouTube dan sebagainya. Yang penting memang suara, namun penting juga dari segi persembahan,” katanya.

Edry berkata, dia turut kagum dengan semangat beberapa peserta yang sanggup hadir dari Singapura, semata-mata untuk mengejar cita-cita menjadi bintang rock.

Live Streaming Rockanova di Astro Prima dan Maya HD

Ditanya mengenai kriteria yang diletakkan untuk peserta, Hattan berkata, mereka meletakkan beberapa syarat.

“Selain boleh menyanyi, mereka perlu ada pengetahuan dan memiliki imej yang menarik. Bila ditanya mengenai lagu dan band rock serta sejarah muzik rock, ada yang terpinga-pinga,” katanya.

Menurut Hattan, walaupun program ini hanya memfokuskan kepada muzik rock, perlu diingatkan semua peserta mesti mengadaptasi dengan kehendak semua lapisan masyarakat.

“Sebenarnya, banyak lagu rock yang popular dan ‘evergreen’. Jadi, peserta perlu bijak memilih lagu yang sesuai dan tidak hanya memfokuskan kepada satu jenis rock saja kerana rock itu ada pelbagai jenis.

“Tidak semestinya kita akan fokus kepada rock yang keras sahaja, tetapi juga yang boleh dikomersialkan. Saya harap perserta yang terpilih akan sedar mengenai ini,” katanya.

Live Streaming Rockanova di Astro Prima dan Maya HD

Dalam pada itu, mereka juga berharap agar Rockanova bakal melahirkan satu bintang baru yang berbeza daripada program realiti lain yang pernah ada.

“Bintang yang akan muncul daripada program Rockanova adalah unik dan identiti tersendiri kerana dia memfokuskan kepada muzik rock. Bukan semua program realiti mampu membentuk seseorang pesertanya menjadi penyanyi genre spesifik seperti ini,” katanya.

Nanti program Rockanova bermula bulan Mac depan di Astro Maya HD dan Prima.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih