Pasangan Gay Disebat 100 Kali

Powered by WP Review

Pasangan Gay Disebat 100 Kali – INDONESIA. Dua lelaki Indonesia berdepan hukuman 100 sebatan selepas jiran melaporkan pasangan itu mengadakan hubungan $ek$. Ketua Penyiasat Syariah, Marzuki berkata, jika didapati bersalah, kedua- dua lelaki itu akan menjadi pesalah pertama dikenakan hukuman atas tuduhan salah laku seks gay di bawah kod yang dikuatkuasakan dua tahun lalu.

Pasangan Gay Disebat 100 Kali

Pasangan Gay Disebat 100 Kali

Penduduk di kawasan kejiranan Banda Aceh melaporkan salah laku lelaki yang berusia 23 dan 20 tahun itu kepada pihak berkuasa pada 29 Mac lalu, lapor The Associated Press.

Marzuki berkata, kedua lelaki berkenaan mengaku adalah pasangan gay dan ia disokong dengan video rakaman diambil oleh jiran yang tersebar di dalam talian.

Video berkenaan menunjukkan. salah seorang lelaki berbogel sementara seorang lelaki ditolak beberapa kali oleh jiran bagi mengelakkan mereka keluar dari bilik berkenaan.

Aceh merupakan satu-satunya wilayah majoriti Islam Indonesia mengamalkan undang-undang Syariah, yang merupakan konsesi yang dibuat oleh kerajaan pusat pada tahun 2006.

Satu kod Syariah dilaksanakan dua tahun yang lalu, membolehkan sehingga 100 sebatan bagi kesalahan moral, termasuk $ek$ gay.

Pasangan Gay Disebat 100 Kali

Marzuki berkata, penduduk di kejiranan Rukoh Banda Aceh curiga dengan perilaku kedua-dua lelaki kerana mereka sering dilihat intim.

‘Berdasarkan siasatan kami, keterangan saksi-saksi dan bukti, kita boleh membuktikan bahawa mereka telah melanggar undang-undang syariah Islam dan kita boleh membawa mereka ke mahkamah, ” katanya. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih