Penjodoh Bilangan Tahun 5

Powered by WP Review

Antara aspek tatabahasa yang selalu murid terkeliru adalah berkenaan dengan penggunaan penjodoh bilangan yang betul. Setiap bilangan pada kata nama masing masing mempunyai kata bilangan yang tersendiri. Penjodohbilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan. Kadangkala kata bilangan digunakan sebelum penjodoh bilangan seperti beberapa, dua, tiga, dan sebagainya.

Penjodoh Bilangan Tahun 5

Penjodoh Bilangan Tahun 5

Antara contoh penjodoh bilangan adalah seperti :

Angkatan. untuk sekumpulan manusia atau benda seperti kapal, tentera, pelukis, penulis.

Baris. untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris seperti orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi.

Batang. untuk menunjukkan benda-benda yang panjang atau tinggi seperti sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum.

Buah. untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu seperti bandar, negeri, kampung, pulau, banglo, rumah, jambatan, sekolah, beg, komputer, papan kekunci, radio, mesin basuh, kereta, motosikal, basikal, songkok, perigi, kotak, kamus, dompet.

Buku. untuk benda-benda yang keadaannya berketul seperti sabun, roti, benang

Terdapat pelbagai lagi nota pada perkongsian kali ini yang berkait dengan penjodoh bilangan.

Berikut merupakan contoh soalan.

#1. Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.

A bilah

B buah

C batang

D butir

 

#2. Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.

A biji

B buah

C bentuk

D butir

 

#3. Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.

A baris

B buah

C bidang

D carik

 

#4. Di bandar itu, terdapat banyak _______ bangunan pencakar langit.

A blok

B bongkah

C angkatan

D bidang

#Dapatkan soalan tersebut di sini :>> 300 soalan dan nota penjodoh bilangan UPSR

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih