Permohonan BRIM 2018 tidak lulus

Powered by WP Review

Permohonan BRIM 2018

Permohonan BRIM 2018 tidak lulus

1. Tidak kemaskini permohonan
Semua penerima yang sedia ada BRIM diwajibkan melakukan kemaskini di laman official BRIM, gagal membuat demikian akan menyebabkan anda gagal dalam mendapatkan duit BRIM.

2. Maklumat peribadi yang tidak lengkap
Pemberian maklumat peribadi wajib dibuat online setiap tahun kerana kemungkinan terdapat perubahan contohnya gaji bulanan, status perkhawinan dan lain-lain. Sila pastikan juga nombor akaun bank yang diberi padan dengan nama di no. kad pengenalan.

3. Permohonan berkali-kali dalam sebuah keluarga
Jikalau terdapat permohonan yang berlebihan dalam sebuah keluarga, salah satu pihak akan digugurkan. Contohnya pihak isteri tidak perlu lagi membuat permohonan jikalau pihak suami telahpun menghantarkan permohonan atau kemaskini.

4. Maklumat tangungan dan pasangan yang tidak tepat atau tidak diisi
Maklumat tangungan penting biarpun pemohon seorang yang bercerai. Jangan tinggalkan ruang pasangan sekiranya pemohon ingin berdaftar bagi sebuah keluarga.

5. Penyata gaji
Sila menyediakan penyata gaji terutamanya kepada yang bekerja di syarikat swasta. Dokumen yang lain juga diperlukan seperti surat pengesahan penceraian dan kematian pasangan.

Rayuan masih boleh dibuat walaupun pengagihan kelompok pertama telah diagih, sila berkunjung ke pusat LHDN untuk menghantarkan borang rayuan.