Permohonan Kemasukan ke UIAM Ambilan Februari 2018 Dibuka

Powered by WP Review

Permohonan Kemasukan ke UIAM Ambilan Februari 2018 Dibuka – Perhatian kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), anda bolehlah mula membuat permohonan yang dibuka bermula 1 Oktober 2017. Permohonan ini dibuka kepada sesiapa yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana (Master) & PhD.

Permohonan Kemasukan ke UIAM Ambilan Februari 2018 Dibuka

Tarikh Permohonan Dibuka : 1 Oktober 2017

Tarikh Permohonan Ditutup : 1 November 2017
Permohonan Kemasukan ke UIAM

Syarat Umum Kelayakan Permohonan

Syarat kelayakan akademik umum untuk kemasukan ke program ijazah sarjana UIAM mengikut lulusan STPM / STAM / Diploma / Asasi UiTM / PASUM adalah seperti berikut :

  • Lulus di peringkat SPM atau bersamaan dengannya dengan mendapat sekurang-kurangnya Kredit dalam Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia atau setaraf
  • Kredit dalam “Pendidikan Islam” / “Tasawwur Islam” / “Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah” / “Pendidikan Islam Syariah” di peringkat SPM atau setaraf
  • Kredit dalam mana-mana tiga (3) mata pelajaran dalam SPM / setaraf

Syarat Kelayakan Lepasan Diploma

Bagi lepasan diploma atau mana-mana Kelayakan Setara yang lain dengan PNGK 3.00 yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti

Syarat kelayakan Lepasan STAM

Lulus di peperiksaan STAM dengan sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan

Syarat Kelayakan Lepasan STPM

  • Lulus peperiksaan STPM dengan PNGK 3.00 atau sekurang-kurangnya: Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam Kertas Am; Gred C [Mata Pelajaran Subjek (SGP)] sebanyak 2.00 dalam dua [2] mata pelajaran lain yang diambil
  • Memiliki kelayakan “Malaysian University English Test” (MUET) mengikut syarat khas program yang dipohon DAN universiti berhak mengubah syarat di atas pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Pemohon Luar Negara

Keperluan akademik am untuk kemasukan ke program sarjana Ijazah IIUM adalah: Sekurang-kurangnya tiga (3) pas utama dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Pendidikan ‘Tahap Lanjutan’ (GCE) ‘A’ Peperiksaan (Sistem Pendidikan Inggeris) yang diperolehi dalam satu persidangan

ATAU

Lulusan International Baccalaureate (IB) dengan sekurang-kurangnya enam (6) subjek yang diperolehi dalam satu sesi

ATAU

Mana-mana kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat Universiti sebagai bersamaan dengan kelulusa di atas

Syarat Kelayakan Lulusan Asasi UIAM

Sila klik pada pautan ini untuk melihat semakan CGPA mengikut fakulti pengajian yang dipohon. : http://www.iium.edu.my/admissions/undergraduates

Senarai Program Pengajian yang Ditawarkan

Semua program pengajian yang ditawarkan, boleh disemak dengan klik pada pautan berikut :

Permohonan Kemasukan ke UIAM

Cara Membuat Permohonan Kemasukan UIAM

Sila klik link ini http://eadmission.iium.edu.my/index.php/eas_login/process , daftar akaun dan ikut arahan yang telah ditetapkan.

Nota : Untuk permohonan ke UIAM, tidak perlu membeli no pin dan sebagainya, Terus sahaja buat permohonan jika memenuhi syarat kelayakan am dan khas kursus yang dipohon.

Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu anda membuat persediaan dan jika artikel ini berguna silalah share kepada rakan-rakan anda.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih