Permohonan Kemasukan ke UiTM Bagi Sesi Mac 2018

Powered by WP Review

Permohonan Kemasukan ke UiTM Bagi Sesi Mac 2018 – Perhatian kepada pelajar yang ingin memohon kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk sesi Mac 2018 anda bolehlah membuat permohonan. Permohonan ini dibuka untuk anda yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda / penerapan / profesional / PLK. Permohonan dibuka bermula 2 Oktober 2017 dan akan ditutup pada 6 November 2017.

Permohonan Kemasukan ke UiTM

 

Permohonan Kemasukan ke UiTM Mac 2018

Kepada yang berminat untuk membuat permohonan, klik pada pautan dibawah mengikut program pengajian yang ingin dipohon :

Pastikan anda telah membeli No Slip BSN mengikut kategori permohonan dan baca setiap arahan yang tertera pada Borang Permohonan seta kenalpasti kategori permohonan anda.

Panduan Membuat Permohonan Kemasukan UiTM

Semasa Mengisi Borang Permohonan

  • Pastikan anda mengisi semua maklumat yang betul dan tepat di dalam borang permohonan anda
  • Pastikan anda mengisi semua ruangan WAJIB yang bertanda (*)
  • Pastikan anda membuat semakan dengan teliti borang permohonan anda
  • Pastikan anda menekan butang (Sah & Hantar) bagi menghantar borang permohonan
  • Pastikan anda mencetak borang permohonan anda sebagai bukti permohonan anda telah selamat diterima oleh sistem

Selepas Membuat Permohonan

  • Pastikan anda membuat semakan semula Borang Permohonan anda di laman SEMAKANbagi memastikan anda telah BERJAYA mengemukakan permohonan.
  • KEMASKINI Borang Permohonan jika perlu.
  • Sekiranya anda masih belum mencetak borang permohonan, pastikan anda mencetak Borang Permohonan anda di laman SEMAKAN sebagai bukti Permohonan.

Semoga berjaya kami ucapkan, rujuk juga pautan dibawah untuk permohonan di universiti yang lain.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih