Rumah PR1MA Terjual 4,243 Unit Setakat Januari 2017

Powered by WP Review

Rumah PR1MA Terjual 4,243 Unit Setakat Januari 2017  – Sebanyak 4,243 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia telah terjual setakat Januari tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Rumah PR1MA Terjual 4,243 Unit Setakat Januari 2017

Shahidan berkata penjualan rumah Perumahan Rakyat 1Malaysia dijangka meningkat apabila lebih banyak projek dibuka dan dilancarkan kelak.

Rumah PR1MA Terjual 4,243 Unit Setakat Januari 2017

“Bagi meningkatkan jualan unit, PR1MA sedang mengadakan siri program Hari Terbuka di seluruh negara yang berkonsepkan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan secara langsung kepada masyarakat bagi urusan pembelian kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat, Khamis.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Shabudin Yahaya (BN-Tasek Gelugor) mengenai jumlah unit kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia yang telah terjual dan inovasi baharu yang dilaksanakan untuk mempertingkatkan kualiti dan harga.

Shahidan berkata PR1MA menerapkan Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi pembangunannya, iaitu satu ekosistem lengkap yang mengambil kira tempoh pembinaan singkat, penggunaan kos optimum dan kualiti kediaman yang terjamin.

“Sebagai perbandingan, PR1MA mampu menyediakan dua unit kediaman contoh dalam tempoh 60 hari dengan sistem ini berbanding sistem konvensional yang memakan masa tiga hingga enam bulan untuk disiapkan.

“Pada masa ini, sebanyak 18,919 unit kediaman PR1MA sedang dibangunkan menggunakan sistem IBS dan dijangka projek-projek yang akan datang menggunakan kaedah inovatif ini,” katanya. – Bernama

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih