Projek / Tugasan Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2017 – Kod 3756/3

Powered by WP Review

Projek / Tugasan Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2017 (Tingkatan 5) – Kod 3756/3 : Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil mata pelajaran Prinsip Perakaunan dikehendaki melaksanakan tugasan projek sebagai satu daripada keperluan persijilan. Tugasan projek dalam konteks ini bermaksud satu kaedah pentaksiran berdasarkan hasilan tugasan calon semasa di Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang menepati objektif pentaksiran seperti yang telah ditetapkan. Tempoh Pelaksanaan : Bulan April → Bulan Mei Tahun 2017.

Projek / Tugasan Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2017 (Tingkatan 5) – Kod 3756/3

Projek / Tugasan Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2017 – Kod 3756/3

Tugasan projek ini memberi peluang kepada calon untuk melalui dan mengalami pembelajaran dan pengajaran yang pelbagai. Bimbingan akan dijalankan oleh pentaksir sekolah (guru) dalam aspek pengajaran dan pembelajaran sepanjang tempoh pelaksanaan tugasan yang ditetapkan. Hasilan akhir tugasan projek akan menjadi asas pentaksiran. Skor adalah bersandarkan kepada darjah penguasaan elemen dan kriteria pentaksiran yang ditetapkan. Guru dikehendaki mengemukakan skor tugasan projek bagi setiap pelajarnya kepada Lembaga Peperiksaan (LP).

Pendedahan dan penguasaan kefahaman calon tentang seluruh proses kitaran perakaunan diterjemahkan melalui penghasilan tugasan projek yang diintegrasikan dengan berbantukan komputer. Pengukuran sesuatu elemen adalah berdasarkan kepada kriteria tertentu mengikut piawaian di peringkat kebangsaan. Elemen-elemen pentaksiran mencakupi hampir keseluruhan aspek yang ada dalam perakaunan.

 

Projek / Tugasan Prinsip Perakaunan Kertas 3 SPM 2017 (Tingkatan 5) – Kod 3756/3

Sila Klik :

.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih