Proton Dijangka Umum Rakan Strategik Mei

Powered by WP Review

Proton Holdings Bhd dijangka mengumumkan nama syarikat yang dipilih menjadi rakan strategik asingnya pada Mei depan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan. “Pro.ton sendiri yang akan mengumumkannya kerana ia merupakan entiti swasta milik DRB-Hicom Bhd dan bukan lagi milik kerajaan.

Proton Dijangka Umum Rakan Strategik Mei

“Kerajaan tidak wajar mencampuri urus niaganya, namun kerajaan akan terus memberi pandangan kepada Proton,” katanya.

Proton Dijangka Umum Rakan Strategik Mei

Ong berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mini Xcess Pusat Wilayah Utara SME Bank yang turut dihadiri Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank, Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, beliau berkata menerusi perkongsian strategik itu, Proton mampu menghasilkan kenderaan cekap tenaga dan lebih berkualiti selain dapat memperluaskan pasaran di peringkat antarabangsa.

Menurutnya, jualan kereta di negara ini hanya 600,000 unit setahun di mana jumlah itu sangat kecil berbanding China sebanyak 28 juta, Amerika Syarikat (17 juta) dan Jepun, 10 juta.

Sehubungan itu, beliau berkata, bagi mencapai kemajuan dan bertahan dalam industri automotif negara, Pro.ton tidak boleh bergantung kepada pasaran tempatan semata-mata kerana ia tidak cukup untuk menampung kos penyelidikan dan pembangunan Proton untuk menghasilkan kereta yang lebih berkualiti setanding jenama lain.

“Jika kita tidak mengikut perkembangan industri automotif, kita akan  ketinggalan kerana syarikat automotif antarabangsa dijangka mengeluarkan kenderaan secara ‘autopilot’ serta menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan kereta yang lebih canggih dan berkualiti.

“Kebanyakan pengguna di negara ini merupakan mereka yang ingin memiliki kereta yang berkualiti dan berteknologi tinggi, jadi kita tidak boleh salahkan mereka jika tidak mahu membeli kereta keluaran tempatan sekiranya tidak menepati ciri-ciri yang diinginkan,” katanya menurut laporan Bernama.

Dalam pada itu, Ong berkata Perak bakal menjadi hub automotif bagi pengeluaran alat ganti kereta tidak lama lagi.

“Ia akan menjadi pemangkin kepada vendor automotif untuk membekalkan alat ganti kereta dan beberapa lokasi telah dikenal pasti untuk membina hub automotif itu, antaranya Ipoh, Kampar atau Taiping,” katanya. – mStar.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih