PT3 2017 Bermula, 425,251 Calon Dudukinya

Powered by WP Review

PT3 2017 Bermula, 425,251 Calon Dudukinya – KUALA LUMPUR 9 Okt. – Seramai 425,251 calon mula menduduki Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di seluruh negara hari ini. Jumlah itu antara lain merangkumi 394,458 calon sekolah menengah kebangsaan dan 10,949 calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (KPM).

Ia bermula sejurus selepas pukul  8 pagi dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains esok.

PT3 2017 Bermula, 425,251 Calon Dudukinya

Pada Rabu menyaksikan calon menduduki antaranya kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan pada Khamis dijalankan antara lain dengan kertas peperiksaan bahasa.

PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Sesetengah pelajar dilihat tidak melepaskan peluang untuk terus mengulang kaji sebelum memasuki dewan peperiksaan.

Ibu bapa dan guru juga ada yang dilihat memberi kata-kata perangsang kepada pelajar mereka yang menduduki peperiksaan. – BERNAMA

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih