Inilah 10 Sekolah Terbaik Di Malaysia

Powered by WP Review

Inilah 10 Sekolah Terbaik Di Malaysia – Pendidikan amatlah penting dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. Memilih sekolah yang baik juga penting demi kemajuan diri sendiri. Dalam artikel ini, iluminasi.com ingin berkongsi 10 sekolah menengah terbaik di Malaysia.

Inilah 10 Sekolah Terbaik Di Malaysia

Pemilihan kedudukan sekolah terbaik adalah berdasarkan pencapaian keseluruhan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 yang diumumkan pada 16 Mac 2017. Gred Purata Nasional (GPN) telah digunakan bagi menentukan kedudukan sekolah-sekolah berkenaan.

Nota: GPN dalam bahasa mudah merupakan indeks bagi menunjukkan pencapaian sekolah, di mana semakin kecil nilainya, semakin baik pencapaian sekolah tersebut. 

10 Sekolah Menengah Terbaik Di Malaysia

10. Kolej Yayasan Saad Melaka (KYS)

kolej yayasan saad kys 2

Sumber foto: kysm.edu.my

Gred Purata Nasional : 1.60

Terletak di Ayer Keroh, KYS kini berusia 22 tahun sejak penubuhannya pada tahun 1995. KYS merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP). KYS diasaskan oleh Tan Sri Halim Saad, seorang ahli perniagaan, sebagai memperingati arwah bapanya.

Sekolah ini sangat terkenal dengan pencapaian cemerlang pelajarnya dalam peperiksaan-peperiksaan besar seperti PMR, PT3 dan SPM. Ramai bekas pelajar KYS telah ditawarkan biasiswa bagi melanjutkan pengajian sama ada di universiti dalam negara mahupun luar negara.

Selain bidang akademik, KYS turut mempunyai prestasi memberansangkan dalam aktiviti-aktiviti lain seperti sukan rugbi, bola jaring, robotik dan sebagainya.

Antara bekas pelajar KYS termasuklah Iedil Putra (Pelakon) dan Dr Hannah Nazri (orang kuat The Kalsom Movement).

Alumni: KYSER

Laman Sesawang: KYS

9. SM Sains Alam Shah (ASiS)

sm sains alam shah 2

Sumber foto: asiskl.org

Gred Purata Nasional : 1.53

Kebanyakan netizen selalu terkeliru antara ASiS di Cheras dan Sekolah Alam Shah (SAS) di Cyberjaya. ASiS yang diasaskan pada 16 Jun 2003 merupakan SBP yang menempatkan hanya pelajar lelaki tingkatan 4 dan 5 sahaja.

Pemilihan pelajar ke tingkatan 4 ke ASiS adalah berdasarkan keputusan cemerlang pelajar dalam PMR dari seluruh negara. Kumpulan pertama adalah seramai 84 orang dan mereka menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2004. Kumpulan pertama ini dikenali sebagai PIONEERS, dengan keputusan SPM yang sangat memberansangkan.

Laman Sesawang: ASiS

8. Sekolah Seri Puteri (SSP)

sekolah seri puteri 2

Sumber foto: seriputeri.edu.my

Gred Purata Nasional : 1.51

SSP yang terletak di Cyberjaya telah ditubuhkan pada 6 May 1968, dan dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Jalan Kolam Ayer. Pada tahun 1969, SBP ini mendapatkan khidmat guru dari Bangladesh bagi memenuhi kekosongan dalam bidang sains dan matematik.

Selain kecemerlangan dalam bidang akademik, sekolah ini turut terlibat dalam pelbagai aktiviti lain seperti okestra. Pada tahun 2013, okestra SSP iaitu Seri Puteri Winds (SP Winds) telah memenangi pingat emas dalam Australian International Music Festival (AIMF2013) di Sydney, Australia.

Antara bekas pelajar SSP termasuklah Sawiah Jusoh (CEO Success Precession Wellbeing Ltd, UK) dan Vivy Yusof (Blogger dan usahawan terkenal).

Alumni: PUTERI

Laman Sesawang: SSP

7. SM Sains Tuanku Munawir (SASER)

sm sains tuanku munawir saser 2 641

Sumber foto: utusan.com.my

Gred Purata Nasional : 1.47

SASER merupakan sebuah SBP yang dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban. SASER merupakan sebuah sekolah lelaki yang terletak di Seremban, dan ditubuhkan pada Februari 2002.

SASER amat konsisten dari segi kecemerlangan akademik terutamanya dalam peperiksaan SPM. Sekolah ini memegang rekod sekolah terbaik selama beberapa tahun, iaitu pada tahun 2006, 2007, 2008, 2009, 2010, 2014 dan 2015.

SASER turut memegang rekod sebagai sekolah yang menghasilkan jumlah pelajar paling banyak straight A dalam SPM 2010 iaitu seramai 16 orang.  Pada tahun 2011, sekolah ini telah dianugerahkan sebagai Sekolah Berpretasi Tinggi oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Alumni: SASEROBA

Laman Sesawang: SASER

6. SM Sains Sultan Mahmud (SESMA)

sm sains sultan mahmud 2

Sumber foto: kosmo.com.my

Gred Purata Nasional : 1.42

SESMA yang terletak di Kuala Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1973 dan dirasmikan pada 5 September 1979 oleh DYMM Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dengan nama Sekolah Menengah Sains Terengganu.

Tujuan utama sekolah ini diwujudkan adalah bagi meningkatkan jumlah pelajar dalam jurusan Sains. Pencapaian SESMA dalam bidang akademik amatlah memberansangkan, dalam kedua-dua peperiksaan PT3 dan SPM.

SESMA memegang rekod konsisten sebagai sekolah terbaik di negeri Terengganu selama beberapa tahun secara berturut-turut.

Alumni: SESMA Alumni

Laman Sesawang: SESMA

5. Sekolah Tun Fatimah (STF)

sekolah tun fatimah stf 2

Sumber foto: utusan.com.my

Gred Purata Nasional : 1.37

STF merupakan sebuah SBP premier perempuan yang terletak di Johor Bahru. Pada asalnya, STF telah ditubuhkan di Durian Daun, Melaka pada 1956, dengan nama Secondary School Malay Girls.

Namun telah berpindah ke Johor Bahru dan sekolah ini dibuka secara rasmi pada 25 September 1965 dengan nama baru bersempena Sri Kandi Melayu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, iaitu Tun Fatimah.

Sekolah ini mempunyai sejarah persaingan dengan sekolah perempuan lain, iaitu Kolej Tunku Kurshiah dan SSP. Namun, persaingan ini adalah sihat dan lebih kepada hubungan love-hate. Mereka bersaing dalam pelbagai cara termasuklah bahas, sukan, akademik, band, dan lain-lain.

Antara alumni STF termasuklah Mek Yam Jusoh (bekas TIME.com Senior VP), Prof. Dr. Muhaya (pakar mata pertama Asia Tenggara yang melakukan pembedahan LASIK dan penceramah terkenal) serta ramai kerabat diraja.

Alumni: SRIKANDI

Laman Sesawang: STF

4. Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS)

kolej islam sultan alam shah 2

Sumber foto: flickr.com

Gred Purata Nasional : 1.32

KISAS dahulunya dikenali sebagai Kolej Islam Klang (KIK). SBP ini diasaskan pada 4 April 1955, dan hanya menempatkan pelajar tingkatan 4 hingga tingkatan 6. Bangunan KISAS pada asalnya merupakan sebuah istana, namun Sultan Hisamuddin Alam Shah al-Haj membuat keputusan untuk mewakafkannya untuk dijadikan sekolah.

Pada tahun 1989, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah al-Haj telah menukarkan nama KIK kepada KISAS.

Dari segi pencapaian akademik, KISAS pernah menjadi sekolah terbaik pada tahun 2004 dan 2005 berdasarkan kecemerlangan keputusan SPM. Malah, pencapaian keputusan STPM KISAS adalah sangat menakjubkan, memegang rekod terbaik untuk peperiksaan ini selama 7 tahun berturut-turut, dari 2008 hingga 2014.

KISAS merupakan antara sekolah yang seimbang pencapaiannya dari segi akademik dan ko-kurikulum. KISAS pernah menjadi juara kebangsaan dalam bahas (bahasa Melayu), debat (bahasa Inggeris), bahas (bahasa Arab), tilawah Al-Quran, pantun, pertandingan drama, dan sebagainya.

Antara bekas pelajar yang menjadi kebanggan sekolah ini termasuklah Allahyarham Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din, Dr. MAZA (Mohd Asri Zainul Abidin), dan ramai lagi.

Alumni: ALKIS

Laman Sesawang: KISAS

3. Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

kolej tunku kurshiah 2

Sumber foto: sistemrumahtkc.blogspot.my

Gred Purata Nasional : 1.31

Sekolah berasrama penuh perempuan yang ditubuhkan pada tahun 1947 ini asalnya dinamakan Maktab Perempuan Melayu. Nama sekolah ini kemudiannya ditukar kepada Kolej Tunku Kurshiah sebagai penghormatan kepada Raja Permaisuri Agong yang pertama.

Seperti sekolah-sekolah lain dalam senarai ini, TKC merupakan antara sekolah yang mempunyai pencapaian akademik yang sangat memberansangkan, bersaing dengan SBP perempuan yang lain seperti STF dan SSP.

TKC turut mempunyai pencapaian yang hebat dalam aktiviti luar, antaranya dalam pancaragam sekolah.

Antara bekas pelajar TKC yang terkenal termasuklah Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), Tunku Intan Shafinaz (Tunku Panglima Besar Kedah), Rosmah Mansor, dan ramai lagi.

Laman Sesawang: TKC

2. MRSM Tun Ghaffar Baba (TGB)

mrsm tun ghaffar baba tgb jasin 2

Sumber foto: bharian.com.my

Gred Purata Nasional : 1.22

MRSM TGB merupakan satu-satunya MRSM yang ada dalam senarai ini. Dahulunya dikenali sebagai MRSM Jasin kerana lokasinya yang terletak di Jasin. Sebagai menghormati sumbangan Tun Ghaffar Baba, sekolah ini dinamakan ke atas beliau. MRSM TGB ditubuhkan pada tahun 1981.

MRSM Bitara ini merupakan sekolah yang mempunyai pencapaian yang sangat cemerlang dalam peperiksaan SPM, bersaing selama beberapa tahun dengan MRSM lain seperti MRSM Taiping, MRSM Langkawi dan MRSM Pengkalan Chepa.

Antara pencapaian terhebat MRSM TGB adalah menjadi sekolah terbaik pada tahun 2001, 2005, 2006, 2012 dan 2016.

Antara bekas pelajar kebanggaan MRSM TGB termasuklah Mohd Afizuddin Ahmad Apandi (Pengusaha Nasik Lemak Paris (NLP)), Muhammad Aziph (bekas CEO Yayasan Inovasi Malaysia) dan ramai lagi.

Alumni: ANSARA

Laman Sesawang: MRSM TGB

1. Sekolah Kehidupan / Sekolah Jalanan

sekolah kehidupan 2

Sumber foto: beamingnotes.com

Sekolah ini mengatasi sekolah-sekolah lain dalam senarai ini, kerana keberkesanannya membentuk para ‘pelajarnya’ untuk menjadi manusia, melalui program khasnya iaitu pengalaman hidup.

Sekolah ini ditubuhkan sejak zaman Nabi Adam lagi, menjadi bukan hanya sekolah terbaik di Malaysia (mahupun dunia), malah sekolah tertua di dunia.

Ramai pelajar yang gagal menamatkan pengajian di sekolah mahupun universiti secara tidak langsung akan melanjutkan pengajian ke sekolah ini. Selagi anda hidup, selagi itulah anda akan belajar di sekolah ini.

Antara pelajar cemerlang sekolah ini termasuklah Mark Zuckerberg, Steve Jobs, Bill Gates, dan ramai lagi.

Harus diingatkan bahawa pendidikan formal di bangunan yang dipanggil sekolah mahupun universiti tidak menjamin masa depan anda. Yang menjamin masa depan anda adalah semangat dan usaha secara konsisten, bersama doa kedua ibu bapa.  Tiada yang mudah di dunia ini.

Sambungan Senarai Sekolah Terbaik di Malaysia

sekolah terbaik malaysia

Sumber foto: panduanmalaysia.com

11. SM Sains Perempuan Seremban (SGS)

12. SM Sains Muar

13. SBP Integrasi Gombak

14. SM Sains Kuala Selangor

15. The Malay College Kuala Kangsar

16. SM Agama Persekutuan Labu

17. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra

18. SM Sains Muzaffar Syah

19. SM Sains Hulu Selangor

20. SM Sains Kota Tinggi

21. SM Sains Miri

22. SM Sultan Abdul Halim

23. Sekolah Sultan Alam Shah

24. Sekolah Tuanku Abdul Rahman

25. SBP Integrasi Rawang

26. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin

27. SM Sains Kuala Terengganu

28. SM Sains Tapah

29. SM Sains Johor

30. SM Sains Sultan Iskandar

31. SM Agama Persekutuan Kajang

32. SM Sains Banting

33. SM Sains Rembau

34. SBP Integrasi Gopeng

35. SM Sains Batu Pahat

36. SBP Integrasi Selandar

37. SM Sains Tuanku Jaafar

38. SBP Integrasi Batu Rakit

39. SM Sains Kuching Utara

40. SBP Integrasi Kubang Pasu

41. Sekolah Dato’ Abdul Razak

42. SM Sains Labuan

43. SBP Integrasi Jempol

44. SM Sains Selangor

45. SM Sains Sultan Hj Ahmad Shah

46. SM Sains Jeli

47. SM Sains Hulu Terengganu

48. Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah

49. SM Sains Machang

50. SBP Integrasi Sabak Bernam

51. SBP Integrasi Tun Abdul Razak

52. SM Sains Sabah

53. SM Sains Lahad Datu

54. SM Sains Tengku Abdullah

55. SM Sains Kepala Batas

56. SM Sains Pasir Puteh

57. SBP Integrasi Temerloh

58. SM Agama Persekutuan Bentong

59. SM Sains Raja Tun Azlan Shah

60. SM Sains Tuanku Syed Putra

61. SM Sains Kubang Pasu

62. SM Sains Sembrong

63. SBP Integrasi Kuantan

64. SM Sains Setiu

65. SM Sains Bagan Datoh

66. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa

67. SM Sains Dungun

68. SM Sains Pokok Sena

69. SM Sains Teluk Intan

Rujukan:

  1. panduanmalaysia.com
  2. asiskl.org

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih