Cara Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2017 Secara Online Dan SMS

Powered by WP Review

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2017 Secara Online Dan SMS – Panduan buat calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) (Darjah 6) tahun 2017. Tarikh rasmi semak keputusan UPSR 2017 adalah pada hari Khamis, 23 November 2017 seperti diumumkan di Portal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bahagian pemberitahuan. Pada tahun lepas, tarikh rasmi semakan adalah pada hari Khamis, 17 November 2016. Tahun 2015 pula adalah pada hari Selasa 17 November 2015. Semakan UPSR 2017 boleh disemak secara online dan SMS.

Cara Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR 2017 Secara Online Dan SMS

Bermula dari tahun 2017, keputusan UPSR dan PT3 mesti mengandungi bahagian keputusan akademik, psikometrik, sukan dan lain-lain lagi mengikut PBS. Berbanding sebelum ini yang hanya mempamerkan keputusan akademik sahaja. Langkah ini dibuat agar ibu bapa dapat mengamati keputusan akademik, sahsiah, sukan para pelajar dan seumpamanya yang ditaksir oleh sekolah.

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Tarikh Rasmi Keputusan UPSR 2017 Diumumkan

Berikut dikongsikan tarikh rasmi keputusan UPSR 2017 diumumkan dan cara membuat semakan keputusan UPSR. Untuk mendapatkan slip keputusan penuh peperiksaan UPSR, pelajar perlu hadir ke sekolah masing-masing.

Slip keputusan pula boleh diambil bermula dari pukul 10 pagi pada hari keputusan UPSR 2017 diumumkan. Selain itu, KPM juga ada menyediakan perkhidmatan semakan melalui SMS.

  • Tarikh Keputusan UPSR 2016 Diumumkan : 23 November 2017 – Khamis (Tahun 2016 pada 17 November 2016)

Semakan Keputusan UPSR 2017 Secara Online Dan SMS

Berikut dikongsikan cara membuat semakan UPSR 2017 :-

1. Semak Melalui SMS

Calon boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan UPSR 2017 (result UPSR) melalui khidmat pesanan ringkas melalui mySMS ke 15888.

Taip UPSR [angka giliran] dan hantar ke 15888

Contoh: UPSR BC001A040 hantar ke 15888

Perkhidmatan SMS Keputusan UPSR 2017 akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada hari keputusan peperiksaan UPSR 2017 diumumkan. iaitu dari jam 1000 pagi hari Khamis, 23 November 2017 sehingga jam 600 petang, 29 November 2017.

Semakan Keputusan UPSR 2017 Online Dan SMS

Caj penghantaran adalah sebanyak RM0.15 manakala caj penerimaan adalah RM0.20 tidak termasuk GST. Perkhidmatan adalah tersedia buat pengguna Celcom, Maxis, Digi, U-Mobile, Tune Talk dan XOX.

Semakan UPSR 2017 Secara Online

Sistem semakan akan dikongsikan (jika disediakan) dan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan secara rasmi. Walau bagaimanapun, semakan keputusan akan hanya memaparkan ringkasan keputusan.

  • Klik SPPAT (Akan dikongsikan dari masa kesemasa)
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No Angka Giliran pada ruangan yang disediakan

Nota Penting Permohonan Semak Semula Keputusan UPSR 2017

Pelajar yang ingin memohon penyemakan semula keputusan UPSR 2017 boleh berbuat demikian dengan mengisi * Borang permohonan Semak Semula.

  1. Permohonan penyemakan semula keputusan hendaklah dibuat dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh keputusan UPSR diumumkan
  2. Mohon semak semula hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses
  3. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan http://lp.moe.gov.my

Selamat membuat Semakan Keputusan UPSR 2017 secara Online Dan SMS. Didoakan semua calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Tahniah buat semua.

 

Sumber: www.permohonan.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih