Semakan Keputusan Sekolah Seni 2018 Tingkatan 1 Online

Powered by WP Review

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2018 Tingkatan 1 Online – Berita baik kepada pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke Sekolah Seni bagi sesi 2018 tingkatan 1, kini anda boleh mula membuat semakan permohonan. Semakan ini akan menentukan sama da and aberjaya untuk memasuki sekolah ini bagi sesi pembelajaran tingkatan 1 2018 ataupun tidak. Berikut kami sediakan maklumat mengenai semakan keputusan ini. Anda seorang pelajar UPSR yang berminat memasuki Sekolah Seni Malaysia pada tahun 2018? Berita baik seperti dipetik dari makluman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia, Permohonan ke Tingkatan Satu (1) Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 melalui e-SSeM boleh dibuat mulai 3 April 2017   sehingga 31 Ogos 2017.

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2018 Tingkatan 1 Online

Sekolah Seni Malaysia

Sekolah Seni Malaysia adalah sebuah institusi pendidikan formal satu sesi yang menyediakan kemudahan menggilap dan menggarap potensi dan bakat diri generasi murid untuk menceburi aktiviti kesenian dan kebudayaan tanah air secara aktif dan kreatif.

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2018

Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2018 Online

Berikut dikongsikan maklumat dan panduan penting permohonan Sekolah Seni Malaysia Ambilan 2018 yang boleh di mohon secara online.

  • Applikasi Permohonan : Klik Permohonan e-SSeM
  • Semakan Keputusan tawaran ke SSeM akan dikemaskini di Sekolah Seni MalaysiaJangkaan pada hujung tahun 2017

Tarikh Permohonan Dibuka

  • 3 April 2017

Tarikh Tutup Permohonan

  • 31 Ogos 2017

Syarat Permohonan

Berikut adalah syarat permohonan ke Sekolah Seni Malaysia 2018 :- 

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian(Seni Visual/Tari/Teater/Muzik)
  3. Sihat tubuh badan / Tidak cacat / Bukan dalam kalangan murid OKU
  4. Hanya permohonan secara ‘Online’ akan diproses

Syarat Kemasukan

  1. Lulus semua mata pelajaran dalam UPSR sekurang-kurangnya 3B dalam UPSR
  2. Lulus dalam Sesi Serlahan Seni / Uji Bakat
  3. Bersetuju menerima kemasukan ke SSeM yang ditawarkan mengikut bidang yang ditetapkan
  4. Murid yang berjaya wajib tinggal di asrama dan tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan
  5. Mengemukakan rekod kesihatan murid
  6. Mengemukakan semua dokumen asal semasa temuduga
  7. Permohonan akan ditolak sekiranya calon memalsukan sebarang dokumen semasa temuduga

Sebarang pertanyaan dan masalah berkenaan Permohonan Sekolah Seni Malaysia Tingkatan Satu 2018 Online. Anda boleh hubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Unit Pengurusan Sekolah Seni di talian 03-88721620 atau layari Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my.

Semakan Keputusan Sekolah Seni 2018 Tingkatan 1 Online akan dikemaskini

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih