Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online Dan SMS

Powered by WP Review

Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online Dan SMS – Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017 dijangka boleh mendapatkan keputusan SPM 2017 masing-masing pada minggu pertama bulan Mac 2018. Berdasarkan semakan terhadap tarikh pengumuman SPM bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac 2018 untuk mengumumkan tarikh keputusan SPM.

Semakan Keputusan SPM 2017

Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online Dan SMS

Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan tarikh keputusan SPM 2017 tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan diumumkan serta cara untuk mendapatkan keputusan(result) SPM 2016 secara manual (melalui sekolah / Jabatan Pendidikan Negeri) atau online (semakan atas talian)

Sila klik [Sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan]

  • Sistem semakan online bagi keputusanSPM 2017 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan
  • Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (-) dan Nombor Angka Giliran tanpa ‘selang’ dalam ruangan yang tersedia
  • Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan
  • Slip keputusanpenuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Semakan Keputusan SPM 2017 Menggunakan Perkhidmatan mySMS

  • Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
  • Contoh : SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888
Perkhidmatan tersebut akan diaktifkan bermula 10 pagi. Pengguna akan dicaj 15 sen untuk setiap penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan SMS.
Keputusan SPM 2017 Secara Online

Search terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih