Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia

Powered by WP Review

Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia – Sebelum ini, Marvel telah memberi kenyataan rasmi bahawa akan mengambil tindakan disiplin ke atas seorang pelukis komik Indonesia, Ardian Syaf berhubung kontroversi komik X-Men Gold #1. Terbaru, pelukis tersebut mengumumkan kontraknya dengan syarikat Hollywood francais Marvel itu telah tamat.

Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia

Ardian Syaf (Foto: Google)

Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia

“Kerjaya saya telah tamat. Ini adalah akibat daripada tindakan saya. Saya akan bertanggungjawab dengan apa yang saya lakukan.”

“Tolong hentikan ejekan, tomahan dan debat. Hentikan kebencian.”

“Saya harap semua boleh bertenang,” katanya menerusi Facebook peribadinya.

Foto: Google

Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia

Dalam kenyataan yang sama, Ardian memberi penjelasan maksud sebenar nombor 212 dan QS 5:51 yang tertera di dalam komik tersebut adalah nombor keadilan.

“Ia adalah nombor cinta. Cinta saya kepada kitab suci Al-Quran, kepada rasul terakhir saya dan cinta kepada Tuhan yang satu, Allah.”

Foto: Google

Foto: Google

“Saya memohon maaf atas segala kesulitan ini. Selamat tinggal, semoga Tuhan merahmati anda semua. Saya sayang anda semua,” tambah beliau.

Status Facebook tersebut turut mendapat reaksi daripada netizen. Ada yang meluahkan rasa lega dengan berita tersebut ada juga yang memberikan sokongan kepada pelukis tersebut, dengan berkata kerjayanya belum berakhir.

Beberapa pelukis komik profesional turut berkongsikan pendapat mereka.

Pelukis dan penulis Aji Prasetyo menerusi Facebooknya berkata Saya menulis dan melukis jalan cerita untuk komik saya, namun Ardian melukis untuk klien.

Sembunyi Mesej Islam Dalam Komik X-men, Marvel Pecat Pelukis Indonesia

Keputusannya untuk menambah simbol yang menunjukkan isu surah Al-Maidah dan perhimpunan 212 sememangnya bertentangan dengan ideologi syarikat komik Amerika, kata Aji.

Namun Aji memberi nasihat kepada Ardian supaya meneruskan minatnya dengan menjadi pelukis komik bebas.

Sumber: Astro Awani

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih