Serangan Las Vegas, 50 Orang Maut dan 406 Cedera

Powered by WP Review

Serangan Las Vegas, 50 Orang Maut dan 406 Cedera

Serangan Las Vegas, 50 Orang Maut dan 406 Cedera – SEKURANG-KURANGNYA 50 orang maut dan 406 cedera selepas lelaki bersenjata melepaskan tembakan dari bilik hotel di tingkat 32 ke arah kira-kira 22,000 pengunjung festival muzik country di Las Vegas.

Jumlah kematian itu yang mungkin meningkat menjadikannya serangan tembakan paling buruk dalam sejarah Amerika Syarikat (AS), menjangkaui pembunuhan 49 orang di kelab malam di Orlando, tahun lalu.

Serangan Las Vegas, 50 Orang Maut dan 406 Cedera

Ribuan yang orang panik bertempiaran menyelamatkan diri termasuk saling merempuh dalam pada anggota keselamatan bergegas mengesan penyerang berkenaan.

Lelaki itu ditemui mati di dalam bilik hotelnya, dipercayai kerana membunuh diri.

Polis turut menemui sejumlah senapang di dalam bilik berkenaan.

Polis mengenal pasti penembak berkenaan sebagai penduduk tempatan, Stephen Paddock, 64, tetapi tidak menyatakan motifnya selain percaya dia bertindak sendirian tanpa sebarang kaitan dengan kumpulan militan, kata Syerif Daerah Clark, Joseph Lombardo.

Lombardo turut menafikan khabar angin mengenai kejadian tembakan lain atau letupan seperti bom kereta di kawasan itu.

Sehingga waktu Subuh (waktu tempatan), polis masih mencari orang yang bersembunyi ketika tembakan dilepaskan.

Sementara itu, Presiden Donald Trump mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Simpati dan takziah saya untuk keluarga mangsa tembakan yang dahsyat ini.

“Moga tuhan merahmati anda” katanya di Twitter.

Las Vegas adalah bandar peranginan utama terkenal dengan perjudian, beli-belah dan hiburan waktu malam, yang penuh dengan orang ramai ketika kejadian jam 10 malam (waktu tempatan) itu.

Kejadian tembakan berkenaan berlaku di luar Mandalay Bay Resort dan Kasino di Nevada pada malam terakhir festival tiga hari Route 91 Harvest, acara laris yang dihadiri ribuan orang serta menampilkan artis terkenal dalam muzik country.

Media Amerika Syarikat termasuk Fox News, melaporkan penyanyi Jason Aldean sedang melakukan persembahan ketika tembakan berlaku, tetapi sempat keluar dari pentas dengan selamat.

CNN melaporkan semua artis yang hadir pada acara itu juga selamat.

Sementara itu, Lombardo berkata, tembakan itu datang dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay, manakala penyerang berkenaan ditemui mati selepas biliknya diserbu polis.

Polis berkata, tiada maklumat yang menunjukkan motif tembakan.

Kejadian berkenaan sekali gus mengingatkan pada kejadian tembakan besar-besaran yang berlaku di konsert rock di Paris pada November 2015 yang mengorbankan 89 orang, sebahagian daripada beberapa siri serangan oleh kumpulan militan.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Christine berkata, dia dan suaminya membawa dua mangsa tembak ke dua hospital secara berasingan.

“Tembakan dilepaskan secara berterusan. Semua orang menjerit supaya kami semua lari,” katanya.

Keluarga suspek yang terkejut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

“Kami tidak tahu (apa-apa) dan sangat keliru serta terkejut,” kata abangnya Eric.

Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran yang terletak tidak jauh dari lokasi berkenaan turut berkata di Twitter, ia terpaksa menghentikan penerbangan untuk seketika disebabkan kejadian berkenaan sebelum disambung semula beberapa jam kemudian. – myMetro.

_________________________________________________________________________________

LAS VEGAS – AMERIKA SYARIKAT. Lebih 50 terbunuh manakala 200 lagi cedera selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang ke arah ribuan pengunjung sebuah konsert di Las Vegas dalam kejadian serangan paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat (AS).

Syerif Polis Metro Las Vegas, Joseph Lombardo memaklumkan lelaki bersenjata yang telah ditembak mati pihak berkuasa itu warga tempatan dikenali sebagai Stephen Paddock, 64, dari Mesquite, Nevada.

“Paddock telah melepaskan tembakan dari tingkat 32 Hotel Mandalay Bay. Beberapa senjata api turut ditemui bersama suspek yang menginap di hotel terbabit.

“Polis juga berjaya mengesan rakan wanita suspek, Marilou Danley, 62, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti motif serangan ganas itu.

“Hasil siasatan awal kami mendapati dia tiada kaitan dengan keganasan, namun latar belakangnya masih disiasat,” jelasnya yang mengesahkan penyerang bertindak secara bersendirian.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rakyat Malaysia terbabit insiden di Las Vegas ]

Rakaman video yang dimuat naik secara dalam talian menunjukkan pengunjung konsert panik dan bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas dihujani tembakan dipercayai daripada senjata automatik.

Susulan kejadian itu, Lapangan Terbang Antarabangsa McCarran di Las Vegas turut menghentikan sementara operasi di premis terbabit. – Agensi

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih