Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN): Manfaat Tabung Pendidikan PTPTN

Powered by WP Review

Manfaat Tabung Pendidikan PTPTN – Pembudayaan penabungan di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi mengurangkan pergantungan kepada pinjaman pendidikan kini mula menunjukkan senario positif.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, terdapat ibu bapa yang menggunakan simpanan SSPN mereka untuk membiayai pengajian anak masing-masing.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN): Manfaat Tabung Pendidikan PTPTN

Menurutnya, ia terbukti apabila berlaku penurunan jumlah pengeluaran pinjaman dan kelulusan pinjaman baharu kepada pelajar dan kenaikan pengeluaran SSPN bagi tempoh 2014 hingga Julai 2017.

 

“Bagi 2014, 207,477 bilangan pinjaman diberikan bagi pelajar melanjutkan pelajaran ke IPT berbanding 195,373 dan 177,372 pinjaman bagi 2015 dan 2016.

“Ia didorong dengan pengeluaran simpanan SSPN RM53.3 juta pada 2014, RM90.9 juta pada 2015 dan meningkat kepada RM141.20 juta bagi tahun lalu.

“Senario itu jelas menunjukkan kesedaran ibu bapa telah mula meningkat bahawa simpanan pendidikan lebih baik berbanding hanya bergantung pinjaman semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran SSPN-i Plus Peringkat Negeri Johor yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat bersempena Ekspo Johor Berkemajuan di Dataran Mahkota.

Shamsul Anuar berkata, persediaan untuk menyimpan dan membuat penabungan awal adalah penting untuk keperluan pada masa depan berbanding membuat pinjaman pendidikan sekali gus tidak dibebani hutang apabila tamat pengajian kelak.

Beliau berkata, melalui simpanan pendidikan SSPN-i Plus itu, pelbagai keistimewaan serta manfaat dapat dinikmati pendeposit dan penerima manfaat selain menawarkan Cabutan WOW! 20 Tahun PTPTN.

“Lebih 2,500 hadiah bernilai RM500,000 disediakan untuk pendeposit.

“Ia merangkumi Cabutan Bulanan dan Cabutan Istimewa yang disediakan sempena ulangtahun ke-20 penubuhan PTPTN sebagai tanda penghargaan serta dorongan dan galakan kepada rakyat negara ini untuk menyimpan dengan PTPTN,” katanya.

Sehubungan itu, tambahnya, masyarakat perlu rebut peluang dengan buka akaun atau menambah simpanan SSPN-i Plus kerana pendeposit layak memenangi hadiah utama Cabutan Istimewa RM100,000 serta hadiah utama Cabutan Bulanan RM10,000 setiap bulan.

Shamsul Anuar berkata, era globalisasi menuntut kemudahan simpanan melalui dalam talian juga diperluas dan kini simpanan SSPN-i Plus boleh dilakukan bila-bila masa dengan layari www.lovesspn.com. – Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih