Tarikh Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018

Powered by WP Review

Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018 bermula *27 NOV 2017 – 31 DIS 2017. Maknanya tahun ini mesti settle dalam mengisi borang brim br1m, bram brom edisi 2018. Boleh rujuk cara isi borang pada entri yang lepas, iaitu:

kemaskini BR1M 2018

Tarikh Permohonan baru/kemaskini BR1M 2018

1. Pemohon digalakkan utk mengisi borang kemaskini BR1M 2018 dengan *LENGKAP*.

2. Pemohon yang tidak lulus SSM yang cuma dapat RM700 tahun ini (2017) dan tidak membuat rayuan khas pada Julai 2017 yang lalu perlu membuat *PERMOHONAN BARU*.

3. Pemohon yang tidak mengemaskini sejak BR1M 2014 juga perlu membuat permohonan baru.

4. Pemohon/pasangan/tanggungan yg berdaftar dengan SSM tetapi perniagaan tidak aktif berniaga, digalakan untuk menamatkan SSM. Dokumen penamatan perlu disertakan bersama borang kemaskini/permohonan baru. Yerla, rugi korang ada ssm, tapi takda buat business pun, tapi gaji sikit, tiba-tiba tak dapat brim. Kan hangin satu badan.!! Marah dekat facebook, meroyan. Yerla , nak dapat duit dari kerajaan bukan senang. Sekarang sudah diperketatkan.

[BACA: Semakan Permohonan BR1M 2018]

-> ini tidak termasuk Skim 1 Pelajar 1 Perniagaan

5. *ALERT* Pemohon tidak akan menerima surat rasmi mengenai pemberitahuan BR1M 2018 sebaliknya hanya menerima PAMPLET mengenai BR1M dan borang perlu diambil di LHDN terdekat bermula 27 Nov 2017. Yerla, ini semua kos beb, kos post, kertas , sampul lagi. Better tak payah, hantar email sudah. Huhu..

6. Waktu Operasi kaunter BR1M 2018 adalah seperti berikut :

a) *8.30pg-5.00 ptg* (ISNIN-JUMAAT)

*9.00pg-4.00ptg* (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)
Bagi negeri PERLIS, PENANG, PERAK, SELANGOR, KL, N.SEMBILAN, MELAKA dan PAHANG
b)  *8.30pg-5.00ptg* (AHAD-RABU)

*8.30pg-3.30ptg* (KHAMIS)

*9.00pg-4.00ptg* (29-30 Dis 2017-minggu akhir JUMAAT dan SABTU)
Bagi negeri KEDAH, KELANTAN, JOHOR dan TERENGGANU
c) *8.00pg-4.00ptg* (ISNIN-JUMAAT)

*9.00pg-4.00ptg* (30-31 Dis 2017-minggu akhir SABTU dan AHAD)
Bagi SABAH dan SARAWAK
d) *Tiada kaunter yg akan dibuka pada CUTI UMUM.

Daftar brim disini. 

Ingat start isi borang mula 27 november ini sampai 31 disember hujung tahun ini 2017.

credit group whattsap.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih