Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2017

Powered by WP Review

Kami memberikan ucapan Selamat Hari Guru 2017 kepada semua guru-guru di Malaysia. Tidak kiralah anda guru dalam bidang apa sekalipun, anda tetap juga seorang guru. Dalam sepanjang kehidupan kita, kita belajar dari ramai orang tidak kiralah secara formal atau tidak formal.

Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2017

Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2017

Dan gu.ru pertama kita sudah semestinya adalah kedua ibu-bapa kita di mana mereka berdualah yang banyak mengajar kita bagaimana mahu menjalani hidup di dunia dan di akhirat.Secara tidak langsung sebenarnya, takrifan gu.ru bukanlah hanya semata-mata kepada gu.ru sekolah sahaja.

Ianya boleh diperjelaskan ke makrifat makna yang lebih besar.Dariapada siapa kita belajar, itulah gu.ru kita. Dan kami, sangat menghargai segala pengorbanan gu.ru-guru yang selama ini tidak pernah kenal erti jemu dalam mendidik setiap anak muridnya agar menjadi orang yang berguna kelak.

Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga. Tema sambutan tahun ini ialah Guru Penjana Tranformasi Negara. Selamat Hari Guru untuk semua!

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih