12 TIPS Cara Mohon UPU secara online

Powered by WP Review

12 TIPS Cara Mohon UPU secara online. Tahniah Diucapkan Kepada Pelajar-Pelajar yang telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017. Apapun mesti anda sedang mencari tips-tips untuk mengisi permohonan UPU. Disini insyaAllah dikongsikan sedikit tips untuk mengisi mohon UPU online, supaya kita tidak tersalah pilih atau pilih tidak mengikut kelayakan kita.

12 TIPS Cara Mohon UPU secara online

12 TIPS Cara Mohon UPU secara online

1.Sebelum anda mengisi borang UPU online, apa yang penting sekali adalah senaraikan bidang-bidang mengikut keutamaan, minat atau bidang pengajian kita. Sebagai contoh anda seorang lepasan STAM, jadi mesti bidang anda adalah bidang pengajian Islam. klik pada link ini untuk panduan Online.mohe.gov.my korang boleh pilih IPTA, kategori, dan aliran.

2. Dalam panduan itu korang boleh senaraikan universiti-universiti yang menawarkan kos yang berkaitan.

3. Kemudian senaraikan kos-kos yang ditawarkan dalam bidang tersebut,di setiap Universiti. Sebagai contoh bidang pengajian Islam, kemudian senaraikan kesemua kos yang ditawarkan setiap Universiti, kebiasaannya kos-kos pengajian ialah syariah, usuluddin, dakwah, quran sunnah.

4. Setelah semua universiti telah disenaraikan, tindakan yang penting adalah anda mestilah semak kelayakan kos yang disenaraikan dengan result atau keputusan peperiksaan yang kita dapat. Jika kos tersebut, di universiti tersebut tidak menepati ciri-ciri syarat kelayakan dengan result atau keputusan peperiksaan kita, anda bolehlah melupai atau membuang dari senarai. **P/s: jgn cuba-cuba minta kos yang tidak menepati syarat kelayakan.

5. Okay, sekarang tinggalah kos yang hanya menepati syarat kelayakan dengan korang. Sekarang boleh lah pilih, kos yang korang suka atau kos yang korang nak belajar. Ataupun pilih Universiti yang berkenan di hati. Sekarang korang dah boleh tentukan kos dan universiti-universiti yang nak pilih. Susunkan mengikut pilihan terbaik korang, nanti senang nak isi dalam borang UPU online.

6. Kalau yang belum beli no unik pin UPU bolehlah beli, kalau dah beli korang boleh teruskan untuk mengisi borang UPU online. Untuk pengetahuan korang, no unik pin UPU ni boleh dibeli di BSN sahaja dengan harga RM15.64 sen termsuk dengan GST. Semasa membeli no pin, pastikan korang dalam kategori mana SPM, STPM, STAM, MATRIKULASI dan DIPLOMA.

7. Seterusnya korang, mesti buka portal rasmi UPU di www.upu.mohe.gov.my untuk proses pertama sebelum memulakan pengisian borang online upu.

8. Mulakan permohonan online sekarang, dan isikan semua maklumat yang bertanda star (***) dengan lengkap.

9. Pilih 12 pilihan mengikut keutamaan korang, yang korang senarai sebelum ini.

10. Isi sampai habis tau, contohnya korang hanya layak 3 sahaja daripada 12, maka ada 9 lagi ada kekosongan pilih je mana-mana kos yang korang nak, asalkan isi dan penuhkan sahaja.

11. Selepas isi tu, bolehlah buat pilihan samada nak hantar terus atau save dahulu. Jikalau korang pilih save bermakna anda masih berpeluang lagi untuk edit permohanan sehingga 5 April sebelum jam 4 petang. Jikalau korang pilih Sah & hantar, jadi korang dah tidak boleh edit lagi. ***p/s: Jika pilih save, jangan lupa untuk klik & sah sebelum 5 april, kegagalan untuk klik pada sah dan hantar menyebabkan anda gagal mengisi borang permohonan.

12. Setelah klik sah dan hantar, korang bolehlah print slip permohonan tersebut untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Untuk pengetahuan korang, sekarang UPU dah buat untuk semakan permohonan dan kemaskini tanpa had, jadi bermakna korang boleh semak dan kemaskini selagi sebelum 5 April 2016… (Jadi korang boleh abaikan step ke 11)

Sebenarnya, pihak UPU dah keluarkan tips untuk memohon UPU, tapi untuk memudahkan korang, amir keluarkan tips munkin boleh dijadikan rujukan. Korang boleh pilih mana-mana tips mengikut kesenangan korang. Semoga Berjaya. 🙂

12 TIPS Cara Mohon UPU secara online

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih