5 restoran halal di Pulau Jeju yang boleh anda singgah

Powered by WP Review

5 restoran halal di Pulau Jeju yang boleh anda singgah – PULAU Jeju yang dinamakan semula kepada Wilayah Istimewa Khas Jeju memiliki pelbagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang sesuai dikunjungi sepanjang empat musim. Setelah syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia X melancarkan laluan baharu ke wilayah itu, ia memudahkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk berkunjung ke pulau terbesar di Semenanjung Korea tersebut menerusi penerbangan terus selama enam jam.

5 restoran halal di Pulau Jeju yang boleh anda singgah

restoran halal di Pulau Jeju

Bagi yang tertanya-tanya tentang kemudahan dalam mendapatkan makanan halal di Wilayah Istimewa Khas Jeju, anda tidak perlu risau lagi kerana pulau ini sememangnya menawarkan beberapa restoran halal yang boleh dikunjungi oleh pelancong Muslim.

Antara lima restoran mesra-Muslim yang terdapat di Pulau Jeju adalah:

1. Indian Kitchen (Bagdad House) di Aewon-ro

restoran halal di Pulau Jeju

Rekaan dalaman di restoran ini yang cukup menawan menjadikan ia salah satu destinasi wajib dikunjungi jika anda melancong ke Pulau Jeju, selain menu yang disediakan chef yang berasal dari Nepal ini begitu menyelerakan.

2. Bada Janchi di Tapdong-ro

Kredit kepada Have Halal Will Travel.

Restoran ini menawarkan hidangan istimewa makanan laut terutamanya ikan. Ia hanya menggunakan bahan buatan Korea untuk memastikan makanan yang disajikan adalah segar.

3. Mulmegaol di Beondaedong-gil

Kredit kepada Jeju Weekly.

Ia menyediakan makanan vegetarian dengan herba ubatan dan teh tradisional yang memberikan rasa tradisi hidangan Korea.

4. Rajmahal di Singwang-ro

Kredit kepada Jroc in Jeju.

Rajmahal adalah sebuah restoran India yang terletak di Persimpangan Jewon dan dinamakan sempena ibu kota Orissa dan istana India kuno.

Hidangan popular pada menu termasuk kari, nan dan ayam tandoori.

5. Daewonga di Donam-ro

Kredit kepada Line 0820.

Menawarkan menu signatur sup abalon dan pelbagai hidangan laut lain bagi memenuhi permintaan pelancong yang mahukan hidangan laut premium yang mesra-Muslim. – mStar