Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2016/ 2017

Powered by WP Review

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2016/ 2017 –  Keputusan peperiksaan SPM tahun 2016 telah diumumkan pada 16 Mac 2017 (Khamis) jam 1000 pagi. Tahniah kepada calon pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Buat mereka yang kurang berjaya, usaha lagi kerana Sijil Pelajaran Malaysia bukanlah penentu kejayaan kepada segala-galanya. Analisis keputusan peperiksaan SPM 2016 dikongsikan dibawah ini untuk rujukan pelajar dan ibu bapa/ penjaga.

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2016/ 2017

Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2016/ 2017

Berikut dikongsikan analisis keputusan SPM 2016 yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof. Sidang akhbar pengumuman SPM telah dibuat pada hari Khamis, 16 Mac 2017.

1. Keputusan Semua A

Calon yang mendapat keputusan semua A adalah seramai 102 orang (1.94 peratus) daripada 434,535 calon SPM 2016. Ianya mencatakan penurunan 0.66 peratus berbanding tahun 2015

2. Indeks GPN

SPM 2016 berjaya mencatatkan indeks Gred Purata Nasional (GPN) 5.10. Ianya lebih baik berbanding GPN @ 5.15 pada tahun 2015. Jurang GPN antara calon bandar dan luar bandar juga mengecil dari 0.50 kepada 0.47

3. Calon Mendapat Semua A

Seramai 8,647 pelajar mendapat keputusan semua A (2.13 peratus). Angka menurun 0.25 peratus berbanding tahun 2015 yang mencatatkan seramai 9,721 (2.38 peratus) daripada 440,682 pelajar memperoleh semua A.

4. Pencapaian Subjek Teras

Empat subjek teras menunjukkan peningkatan prestasi iaitu :-
Bahasa Melayu
Pendidikan Islam
Bahasa Inggeris
Sains

Subjek yang mencatatkan penurunan adalah :-
Matematik
Sejarah
Pendidikan Moral

5. Calon Layak Dianugerah Sijil

Seramai 340, 698 mewakili 85.21 peratus calon layak dianugerah sijil selepas lulus matapelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2016/ 2017 – Sumber Astro Awani

Tahniah sekali lagi kepada calon peperiksaan SPM 2016 yang berdapat mendapat keputusan cemerlang kali ini. Semog aanda terus berjaya dalam pendidikan anda.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih