Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Malaysia

Powered by WP Review

Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Malaysia. PUTRAJAYA: Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia SPM 2017 mencatatkan Gred Purata Nasional (GPN) 4.90, pencapaian lebih baik berbanding 5.05 pada 2016. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata pencapaian calon di bandar dan luar bandar menunjukkan prestasi memberangsangkan iaitu GPM 4.75, berbanding 4.89 pada 2016 bagi bandar, dan 5.22 berbanding 5.36 pada 2016 bagi luar bandar.

Analisis Keputusan SPM

Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Malaysia

Amin berkata, secara keseluruhannya, sebanyak 66 peratus menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan baik.

“Berdasarkan kualiti jawapan calon, 27 peratus calon menguasai KBAT tahap tinggi, 39 peratus tahap sederhana dan 34 peratus tahap rendah.

Calon menguasai kemahiran mengaplikasi pada tahap yang tinggi, namun kemahiran menganalisis, menilai dan mencipta masih pada tahap sederhana,” katanya pada sidang media pengumuman analisis keputusan SPM 2017 di sini, hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 48 dari 73 mata pelajaran mencatatkan peningkatan prestasi, 23 mata pelajaran mencatatkan penurunan, manakala prestasi dua mata pelajaran tidak berubah.

sumber

Semoga Analisis Keputusan SPM 2017 Sekolah Malaysia ini bermanfaat.