Biodata Siapa Sebenar Joy Revfa & Punca Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Powered by WP Review

Biodata Siapa Sebenar Joy Revfa & Punca Cerai Dengan Hafiz Hamidun – Terkini Joy Refva mohon cerai di Makhamah Syariah Shah Alam dipercayai Hafiz Hamidun tidak pernah memberi nafkah zahir dan batin sejak kahwin 1 Mei 2017 lalu. Lebih parah lagi apabila pasangan ini hanya tinggal sebumbung selama 6 hari sahaja sebelum Hafiz Hamidun menghilangkan diri. Beberapa hari selepas itu, Hafiz Hamidun pula tampil mendakwa perkahwinannya dengan Joy tidak sah dan inginkan fail pembubaran perkahwinan. Untuk info, Joy Revfa pernah berkahwin tiga tahun lalu pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki kini berusia 3 tahun.

Biodata Siapa Sebenar Joy Revfa & Punca Cerai Dengan Hafiz Hamidun

Biodata Siapa Sebenar Joy Revfa

Biodata Siapa Joy Revfa Isteri Penyanyi Nasyid Hafiz Hamidun

Nama Penuh: Siti Arifah Mohd Amin

Nama Samaran: Joy Revfa

Asal: Kuala Lumpur

Umur: 30 Tahun

Status: Janda

Tarikh Kahwin Pertama Kali: 2014 namun bercerai sekitar tahun 2015

Lokasi Kahwin Pertama Kali: Selatan Thailand

Tarikh kahwin kali kedua: 1 Mei 2017 di Masjid Shah Alam

Pekerjaan: Usahawan Produk CEO Merve Kosmetik

Nama Bekas Suami: Dato Ray Imran (En Mohd Rayos)

Nama Anak Hasil Kahwin Pertama: Aryann Firdaus (3 tahun)

Gambar Dato Ray Imran Bekas Suami Joy Revfa

Joy Revfa pernah bergelar datin sebelum bercerai dengan suami En Mohd Rayos atau dikenali Dato Ray Imran pada tahun 2015. (Foto:Bekas suami Joy)

Punca Joy Revfa Fail Cerai Terhadap Hafiz Hamidun

Keretakan rumah tangga pasangan ini mula dihidu apabila mereka jarang lagi gambar bersama sejak sebulan lepas nikah pada 1 Mei 2017 lalu. Difahamkan Joy membuat dakwaan di makhamah hari ini suaminya Hafiz Hamidun tidak pernah memberikan nafkah zahir dan batin. Hanya tinggal serumah enam hari sahaja sebelum suaminya menghilangkan diri.

Selepas menghilangkan diri, suaminya itu pula mendakwa status pernikahan dia dan Joy tidak sah. Perkahwinan terdahulu Joy Revfa telah berakhir pada 2015, cuma tidak didaftarkan di Malaysia kerana berkahwin di Thailand. Pada 23 Mei lalu, Hafiz membangkitkan perkahwinan dia bersama Joy tidak sah dan menganggap Joy bukan lagi sebagai isteri. Difahamkan, Hafiz pada hari ini 21 Ogos 2017 turut memfailkan permohonan pembubaran nikah mereka.

Foto: Joy Revfa memfailkan pembubaran perkahwinan di makhamah Syariah pada 21 Ogos 2017.

Joy Revfa Bercerai Dengan Suami Lama Dua Bulan Lepas Kahwin Hafiz (TERKINI)

“Joy Revfa Didakwa Belum Tamat Iddah”

Menurut sumber Joy Revfa hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla pada penghujung Mei, iaitu selepas hampir sebulan berkahwin dengan Hafiz. Joy difahamkan tidak mendedahkan mengenai penceraiannya yang tidak didaftarkan kepada Pejabat Agama Wilayah Songkhla dimana tempat beliau dan bekas suami bernikah sebelum ini. Dan hanya selepas menerima surat pengesahan dari bekas suami, Joy dikatakan hadir ke Pejabat Agama Islam Petaling untuk mengemukakan surat keterangan. Bagaimanapun Joy sebelum ini pernah menyatakan kononnya surat cerai beliau dan bekas suami didalam proses dikeluarkan sebelum perkahwinannya dan Hafiz dilangsungkan. Namun dimaklumkan Joy hanya membuat permohonan untuk bercerai dengan suami terdahulu secara taklik sahaja, itu pun selepas sebulan berkahwin dengan Hafiz.

Lebih menariknya, ketika Joy membuat permohonan untuk bernikah dengan Hafiz, beliau telah menandakan ruang ‘tidak pernah berkahwin’ sebagai status dirinya. Tidak pasti jika betul ini adalah sebab Hafiz tidak memberikan nafkah zahir dan batin, tetapi masuk akal juga bila difikirkan mengapa Hafiz tidak sebumbung dengan isteri.

 

Terdahulu Joy dan Hafiz diijabkabulkan dengan hanya sekali lafaz sahaja di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei 2017.

Hubungan Perkahwinan Joy Dan Revfa Kini Berada Di Penghujung

Kedua-dua pasangan masing-masing kini telah memfailkan pembubaran perkahwinan pada 21 Ogos 2017. Makhamah menetapkan semula 29 September 2017 sebagai tarikh perbicaraan.

Sumber:  melvister.com