Biodata Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar

Powered by WP Review

Biodata Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar. Siapa sebenarnya Syed Saddiq Abdul Rahman merupakan seorang ahli politik dan aktivis. Beliau adalah ahli Parlimen semasa Muar dan Ketua Pemuda Parti Bumiputera Bersatu Malaysia. Beliau juga adalah merupakan alumni fellowship perdana yang berprestij.

Biodata Syed Saddiq

Biodata Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar

1. Anak Jati Johor
Nama penuh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Syed Saddiq Dilahirkan pada 6 Disember 1992
Anak bongsu daripada 4 orang adik-beradik
Ibunya merupakan seorang guru dan ayahnya perkerja buruh yang berulang-alik ke Singapura.

2. Pendidikan
Royal Military College (Sekolah Menengah)
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa
Mejadi felo akademik di Universti Temple, Philadelphia dalam bidang Pluralisme agama dan seni dialog.
Mendapat tawaran biasiswa Blavatanik dan ditawar menyambung pengajian peringkat master di Unversiti Oxford.

3. Anugerah
Anugerah Perdana Belia Negara (Anugerah Berprestij Belia Diiktiraf Perdana Menteri)
Anugerah Merdeka (Menteri Belia Dan Sukan)
Anugerah Ikon Varsiti Berita Harian
Anugerah Kepimpinan Pelajar Kebangsaan
Anugerah Rektor IIUM (Sebanyak 3 kali)
Anugerah Platinum Pertama IIUM (Sumbangan Cemerlang Kepada Universiti)

4. Pendebat Terbaik Dunia
Pemegang Rekod Dunia dalam sejarah Kejohanan Debat Universiti Dunia
Pendebat Terbaik Asia (3 Kali Berturut-turut)
Pendebat Terbaik Australia, Cambridge & Oxford Inter Varsities Debate Championship (ESL)
Individu Asia Pertama dilantik sebagai Ketua Hakim (Cambridge Inter Varsities di UK)
Ketua Hakim (Kejohanan Debat Universiti Dunia di Netherlands)

5. Pengalaman
Syed Saddiq telah dijemput untuk mengadakan seminar di lebih daripada 25 negara seperti Afrika Selatan, Pakistan, Filipina, Taiwan, China, Qatar, & lain-lain untuk mengajar debat dan pembangunan belia. Beliau juga telah bercakap di TedxYouth dan pelbagai simposium anti rasuah.

6. Hobi
Suka mengajar
Membaca Buku
Peminat setia kucing
Mendengar Lagu Selena Gomez

7. Bergiat Aktif
Seawal usia 23 tahun, Syed Saddiq merupakan salah seorang pengasas bersama dan menjadi ketua pemuda bagi parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau kini bekerja sebagai pemikir polisi awam dan pada masa yang sama bekerja separuh masa di 3 tempat berbeza. Beliau melatih pasukan debat dan bersyarah secara berkala di luar negara (Qatar, China, Indonesia, Filipina)

8. Inspirasi
Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik kepada Negarawan Tun Dr. Mahathir Mohamad

Biodata Syed Saddiq Ahli Parlimen Muar