Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

Powered by WP Review

Borang Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Secara Online. Berita baik buat wanita yang berkelayakan di Selangor. Melalui pembentangan Bajet 2018 negeri, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif baru dalam membantu golongan ibu dan dikhususkan kepada keluarga berpendapatan RM2,000 ke bawah. Dengan KISS, setiap ibu yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM 2,400 setahun, atau RM 200 setiap bulan dan dikatakan lebih baik dari Bantuan BR1M.

Permohonan KISS

Permohonan KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

“Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak”

“Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40)”

“Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless)”

“Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas”

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan

3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan

3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan

4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

CARA MENDAFTAR ​KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

[Akan datang] Secara online : menerusi laman web www.kiss.com.my; atau ​

Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di : ​

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri

2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen

3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

4. Pusat Wanita Berdaya Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri klik sini

CARA PENGAKTIFAN KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

SENARAI ALAMAI PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR DAN PENYELARAS DUN

MUAT TURUN BORANG PROGRAM KISS BORANG KISS

MANFAAT KAD KISS

  • Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  • Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  • Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  • Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  • Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  • Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik

SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN

  1. ​Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya

​Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian.Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.