Cara Buat Sos Pencicah Thai Sedap

Powered by WP Review

Sos Pencicah Thai Sedap
Cara Buat Sos Pencicah Thai Sedap – Nak buat sos pun kena ada ‘bakat’ tetapi kalau ikut resepi yang dikongsikan oleh Puan Alawiyyah Hamilludin Nordin ini, pasti anda rasa puas! Untung-untung boleh buat bisnes sebab senang dan rasanya sedap luar biasa! Sesuai dimakan dengan cucur waktu petang-petang ni. Jom tengok bahan apa yang anda perlu sediakan…

Cara Buat Sos Pencicah Thai Sedap

Bahan-bahan Sos Pencicah Thai:

3 Ulas bawang putih dikopek kulit

2 cili merah (kalau nak lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah)

1/2 cawan gula pasir

3/4 cawan air

1/4 cawan cuka

1/2 sudu besar (tbsp) garam

1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.

Cara-cara Sos Pencicah Thai:

1. Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.

2. Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.

3. Bila mula mendidih masukkan cairan tepung jagung dan kacau sehinga tepungnya masask dan kelihatan likat. Sos perlu sentiasa dikacau selama 1 minit.

4. Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.

Selamat mencuba!

Sumber: Mingguan Wanita

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih