Cara Daftar KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

Powered by WP Review

Cara Daftar KISS Kasih Ibu Sart Selangor Online – Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak. Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Daftar KISS Kasih Ibu Smart Selangor

Cara Daftar KISS Kasih Ibu Smart Selangor Online

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas

 

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless)

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

1. Warganegara Malaysia; dan

2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan

3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan

3. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan

4. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan.

CARA MENDAFTAR ​KISS (Kasih Ibu Smart Selangor)

[Akan datang] Secara online : menerusi laman web www.kiss.com.my; atau ​

Secara manual : borang pendaftaran boleh di muat turun dari laman web www.kiss.com.my atau boleh diambil di : ​

1. Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri

2. Pejabat Ahli Parlimen / Penyelaras Parlimen

3. Pejabat Ketua-Ketua Kampung Tradisi, Kampung Baru, Kampung Bagan, Ketua Komuniti India, Pejabat Ahli Majlis

4. Pusat Wanita Berdaya Borang permohonan yang lengkap hendaklah diserahkan ke Pejabat Ahli Dewan Negeri / Penyelaras Dewan Negeri klik sini

SENARAI ALAMAI PEJABAT AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR DAN PENYELARAS DUN

MUAT TURUN BORANG PROGRAM KISS BORANG KISS

Search terms: