Cara Mengatasi Sembelit Di Bulan Puasa

Powered by WP Review

Cara Mengatasi Sembelit Di Bulan Puasa – Masalah Sembelit. Salah satu gangguan kesihatan yang kerap menyerang orang yang sedang berpuasa adalah masalah sembelit. Apatah lagi jika anda makan dalam keadaan yang terburu-buru ketika berbuka puasa. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa jenis buah dan makanan yang boleh mengatasi masalah sembelit. Buah kurma paling disarankan sebagai menu utama atau pencuci mulut ketika bersahur dan berbuka puasa.

Cara Mengatasi Sembelit Di Bulan Puasa

Cara Mengatasi Sembelit Di Bulan Puasa

Di dalam buah kurma terdapat kandungan gula gula glukosa dan fruktosa tinggi yang baik untuk memberikan energi pada tubuh seperti ke sel-sel otak, saraf, darah merah dan tulang belakang.

Selain kurma, terdapat beberapa jenis buah dan minuman juga disarankan untuk dinikmati ketika berpuka puasa. Buah-buahan serta minuman tersebut dikatakan mampu membantu mempercepatkan proses penghadaman, mengatasi masalah sembelit, mencegah asid dalam perut dan menjaga tubuh daripada dehidrasi. Cara Mengatasi Sembelit Di Bulan Puasa

#Anggur

Buah anggur mampu mencegah masalah sembelit, gangguan penghadaman dan juga mengatasi kepenatan.Anggur kaya dengan vitamin A, C, B6 dan mineral seperti kalium, kalsium, zat besi, fosfor, magnesium dan selenium.

#Epal

Buah epal kaya akan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh. Buah ini juga merangsang kesihatan usus besar. Jadi, pengambilan sebiji epal sehari akan membantu menjaga penghadaman agar tetap lancar.

#Tembikai

Buah ini mengandungi sampai 92 peratus air dan sarat dengan vitamin A, B6 dan C, nutrisi, antioksidan, asid amino, dan kalium, yang semuanya membantu menghidrasi tubuh.

#Oren

Buah oren cukup efektif dalam mengurangkan dehidrasi. Di dalma buah oren dipenuhi lebih dari 100 peratus vitamin C dengan sukatan harian yang disarankan.

#Strawberi

Biarpun buah strawberi tidak mengandungi vitamin C, namun ia mampu membersihkan arteri dan mengatur gula darah.

#Lemon

Lemon mengandungi antiseptik yang baik dan menawarkan anti-racun bagi hati. Selain itu,lemon juga meningkatkan jumlah Ciaran di dalam tubuh sehingga mencegah dehidrasi.

#Mint

Daun mint yang segar elok untuk penghadaman. Tambahnya ke dalam minuman dan ia akan membantu masalah sembelit yang anda hadapi.

Cara Mengatasi Sembelit Di Bulan Puasa

SHARE artikel ini ya.

Sumber: www.wom.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih