Cara Mudah, Bersih Dan Suci Buat Cincau Homemade

Powered by WP Review

Cara Mudah, Bersih Dan Suci Buat Cincau Homemade – Selama ni, admin ingatkan cincau ni dihasilkan dari agar-agar. Rupanya herba yang mampu menyejukkan badan ni dihasilkan dari pokok cincau. Pokok cincau ni pula, ada dua jenis iaitu pokok cincau hitam dan pokok cincau hijau.

Buat Cincau Homemade

Pokok cincau hitam

Kredit gambar: Hayasrie Sukri Sukri

Daun Cincau Hijau

Kredit gambar: Lavendarungu Nanie

Cara Mudah, Bersih Dan Suci Buat Cincau Homemade

Jika tiada pokok cincau, herba ini boleh dibeli di kedai-kedai ubat cina. Hanya menggunakan  tiga bahan asas, anda mampu hasilkan sendiri di rumah. Mudah je! Bagi yang ingin cuba buat cincau secara homemade, boleh cuba resipi di bawah ini. Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN:

  • Daun cincau kering ( boleh didapati di kedai-kedai ubat cina. Beli anggaran RM5)
  • 1500ml air
  • 4 sudu makan tepung ubi kayu ( bancuh dengan sedikit air)

CARA MEMASAK:

1.Rendam daun cincau dengan 1500 ml air dalam periuk selama 30 minit. Daun cincau boleh beli dari kedai ubat cina (rm5) .

2.Rebus daun cincau selama 40 minit lepas tu tapis untuk asingkan daun.

3. Bancuh 4 sudu besar tepung ubi kayu dengan sedikit air biasa dan masukkan dalam periuk. Kacau selama 15 minit. Angkat dan biarkan seketika.

4. Tuang adunan ke dalam bekas. Bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk.

5.Sedia untuk dinikmati.

Kredit resepi & gambar: Roszila Ahmad via Rasa.my