Cara Semakan CCRIS Secara Online

Powered by WP Review

Cara Semakan CCRIS Secara Online. eCCRIS baru dilancarkan!! Hari ni, saya dan kawan-kawan excited sangat pergi ke BNM sebab nak daftar untuk kali pertama. Ya, hanya sekali saja perlu ke sana, lepas ni kami boleh dapatkan laporan CCRIS kami dari rumah. Asalkan ada internet.

Semakan CCRIS

Cara Semakan CCRIS Secara Online

Nah saya dah sediakan tutorial untuk daftar eCCRIS kat BNM dan dapatkan laporan CCRIS secara percuma dari rumah. Kita kena selalu bersyukur, hidup kita makin mudah. Buat korang yang masih belum kenal CCRIS, saya nak cerita sikit ni.

Laporan CCRIS ni dia kumpulkan rekod bayaran bulanan untuk 12 bulan terkini kesemua hutang kau dengan bank. Kewangan yang baik, rekodnya semua nombor 0, 0, 0, 0, 0. Maksudnya, kau takda apa-apa tunggakan. Semua bayar cantik.

Kalau muncul angka 1 tu maksudnya kau ada sebulan tertunggak bayaran bulanan. Ada juga yang sampai muncul angka 36 tau. Maksudnya dah 3 tahun tak bayar hutang, biasanya PTPTN-lah. Ramai orang buat-buat hilang ingatan. Haha!

Jom saya tunjukkan cara semak CCRIS secara online iaitu eCCRIS. Mudah, percuma, pantas dan selamat dunia akhirat. Penerangan ada kat setiap gambar. Happy reading! – HF