Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2017/ 2018 – Borang kaji atau soal selidik ataupun temu bual ini perlu dibuat dan disertakan dalam perlaksanaan tugasan bagi Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Peta Lakar, agar menjelaskan lagi hasil dapatan dan maklumat yang diperoleh itu menjadi info tentang kawasan kajian peta.
Contoh cara buat borang soal selidik tugasan geografi PT3 2017/ 2018
Soal selidik itu perlu dilakukan oleh calon bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada responden (individu yang disoal / temu bual) di kawasan kajian berhubung dengan tugasan
Perkara yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan kandungan laporan kajian yang dibuat oleh calon
Bagi tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2017, calon perlu membuat Kajian Peta (Peta Lakar) di kawasan tempat tinggal / sekolah
CONTOH DAN CARA BUAT BORANG SOAL SELIDIK (TEMUBUAL) TUGASAN GEOGRAFI PT3 TAHUN 2017
Berikut adalah contoh format dan di antara perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik berkaitan dengan tugasan Kajian Peta (Peta Lakar)
BORANG SOAL SELIDIK
KAJIAN:_____________________
KAWASAN:__________________
BAHAGIAN A: MAKLUMAT DIRI
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakanpada kotak jika berkenaan
(A1) Nama Penuh:___________________________
(A2) Alamat:_______________________________
(A3) Bangsa:
Melayu
Cina
India
Lain-lain. Sila nyatakan__________
(A4) Jantina:
Lelaki
Perempuan
(A5) Umur:
21 – 30 tahun
31 – 40 tahun
41 – 50 tahun
51 tahun ke atas
(A6) Pekerjaan:
Tidak Berkerja
Berkerja Sendiri
Penjawat Awam / Badan Berkanun
Penjawat / Pekerja Swasta
(A7) Pendapatan:
RM900 kebawah
RM900 – RM3000
RM3000 keatas
BAHAGIAN B: SOAL SELIDIK / TEMU BUAL / TINJAUAN
Arahan: Sila lengkapkan ruangan dan tandakanpada kotak jika berkenaan (boleh ditandakan lebih daripada satu)
(B1) Berapa lamakah Encik / Puan Tinggal Di Kawasan Ini?
2 – 3 tahun
5 – 10 tahun
11 – 15 tahun
16 – 20 tahun
Lain-lain. Sila nyatakan_______________
(B2) Sila Pilih Sektor Apakah Yang Berpotensi Untuk Dimajukan Di Kawasan Ini?
Pertanian
Perindustrian
Perikanan
Perlancongan
Perniagaan (Kegiatan Ekonomi)
Lain-lain. Sila nyatakan___________________
(B3) Apakah Halangan Untuk Memajukan Kawasan ini Mengikut Pilihan Sektor Bagi Perkara (B2) Di Atas?
Bentuk Muka Bumi
Kemusnahan Hutan
Bencana Alam
Pencemaran Alam Sekitar
Kekurangan Tenaga Buruh
Keselamatan
Kekurangan Modal
Lain-lain. Sila nyatakan___________________
(B4) Apakah Cadangan Usaha-Usaha Untuk Mengatasi Halangan Bagi Perkara (B3) Di Atas ?
Menjalankan Kempen Kesedaran Kepada Penduduk Bahawa Kemajuan Penting Di Kawasan Ini
Menjalankan Aktiviti Dan Kegiatan Untuk Memajukan Kawasan Ini Dengan Terancang
Membuat Penyelidikan Terlebih Dahulu Bagi Setiap Sektor Yang Dicadangkan
Lain-lain. Sila nyatakan berserta usul atau cadangan_________________________________
(B5) Sekiranya Sektor Pertanian Berpotensi Dimajukan Di Kawasan Ini, Apakah Manfaat Yang Dapat Diperoleh
Pendapatan Negara
Peluang Pekerjaan
Sumber Makanan Penduduk
Menggalakkan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Pertanian
Lain-lain. Sila nyatakan_________________________
(B6) Apakah Sumbangan Perindustrian Sekiranya Sektor Tersebut Dibangunkan Di Kawasan Ini?
Menyediakan Peluang Pekerjaan Kepada Penduduk
Meningkatkan KDNK Dan Pendapatan Negara
Kesan Pengganda Rantaian Ekonomi Seperti Pertanian, Pengangkutan, Telekomunikasi Dan Perkhidmatan Kewangan Dan Lain-Lain Yang Berkait Secara Langsung Dengan Industri Pembuatan
Menambah Dana Pelaburan Dalam Negara
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________
(B7) Apakah Faktor Fizikal Yang Akan Mempengaruhi Aktiviti Pelancongan Sekiranya Sektor Pelancongan Dimajukan Di Kawasan Ini?
Keindahan Pulau
Bentuk Muka Bumi
Hutan Lipur
Tarikan Cuaca
Keindahan Pantai
Tanah Tinggi
Lain-lain. Sila nyatakan________________________
(B8) Jika Sektor Perikanan Lebih Berpotensi Dimajukan, Bagaimanakah Teknologi Moden Mempengaruh Kemajuan Sektor Perikanan Di Kawasan Ini?
Penggunaan Bot Dan Peralatan Tangkapan Yang Berteknologi Moden
Penggunaan Radar Pengesan Ikan (Ecosonar), GPS
Penggunaan Teknologi Pembiakbakaan Dalam Akuakultur
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________
(B9) Jika Sektor Perniagaan Lebih Berpotensi Dimajukan Di Kawasan Ini, Apakah Cabarannya Di Masa Hadapan?
Kekurangan Sumber Tenaga Yang Semakin Ketara
Cabaran Teknologi
Meningkatkan Produktiviti
Pentingnya Tanggungjawab Sosial Di Kalangan Syarikat Perniagaan
Penipuan Dalam Dunia Perniagaan Dengan Bantuan Teknologi Yang Canggih
Lain-lain. Sila nyatakan___________________
(B10) Apakah Langkah Sewajarnya Untuk Mengatasi Krisis Perumahan Sekiranya Berlaku Di Kawasan Ini?
Mencadangkan Penubuhan Lembaga Perumahan Rakyat (LPR) Yang Tidak Bermotifkan Keuntungan
Beri Mandat Kepada Majlis Perbandaran Tempatan Untuk Mengambil Alih Pengurusan Rumah Kos Rendah
Memperkenalkan Skim Insurans Pinjaman
‘Council Home’ Atau Rumah Disewakan Untuk Penduduk Yang Berpendapatan Kurang Daripada RM2,500 Sebulan
Selaraskan Status Peneroka Bandar
Hak Dan Geran Untuk Penyewa Tanah
Melaksanakan Cukai Hartanah Yang Progresif Dan Strategik
Lain-lain. Sila nyatakan____________________________
BAHAGIAN C: AKUAN / PENGESAHAN
Saya dengan ini mengesahkan bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini adalah benar serta dilengkapkan oleh saya sendiri dan tiada paksaan dari mana-mana pihak
Tandatangan:____________Tarikh:____________
Kerjasama serta maklum balas dari pihak tuan/ puan dalam soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih
![]() |
Contoh Borang Soal Selidik / Temubual / Tinjauan yang disertakan oleh MYsumber ini adalah lebih menjurus kepada Umum dan boleh dijawab dengan mudah oleh responden |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
sumber: Mysumber