Semakan cara daftar kad siswa KADS1M Bank Rakyat

Powered by WP Review

Cara Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M Online – Terkini : Kementerian Pendidikan Tinggi melalui kenyataan media memaklumkan yang Bank Rakyat akan menyediakan semakan KADS1M secara online bermula 1 Jun 2017. Berikut dikongsikan cara daftar kad siswa untuk membuat semakan Kad Debit Pelajar 2018 KADS1M secara online melalui pautan yang telah disediakan.

Kad debit KADS1M adalah cara baharu yang lebih selamat berbanding penggunaan Baucar Buku pada tahun sebelumnya. Kad debit pelajar yang berjumlah RM250 ini hanya boleh digunakan untuk membeli bahan ilmiah sahaja di kedai buku yang terpilih. Berikut kami kongsikan cara permohonan online bagi mendapatkan Kad Debit Pelajar dibawah kelolaan Bank Rakyat.

Semakan cara daftar kad siswa KADS1M Bank Rakyat

Semakan cara daftar kad siswa KADS1M Bank Rakyat

Cara Daftar Kad Debit Pelajar Baucar Buku 2017 Online

  • Isi maklumat yang dikehendaki selengkapnya. Jika server slow, akses semula nanti. Ini kerana ramai pengguna sedang mengakses portal pendaftaran Bank Rakyat. Anda dinasihatkan untuk mengakses bukan pada waktu puncak.
  •  Selesai mendaftar, pihak Bank Rakyat akan memaklumkan melalui mesej bilakah pemohon boleh mengambil KADS1M tersebut.

Menurut Bank Rakyat, sekiranya anda tidak mempunyai akaun bank rakyat anda tidak perlu membuka akaun baru. Hanya bayaran rm 5 sahaja dikenakan untuk mendapatkan KADS1M. Tujuan kad KADS1M ini diwujudkan untuk mengelakkan segelintir pengguna yang menyalah guna BB1M ini.

Cara Guna Kad Debit Pelajar Ganti Baucar Buku Mulai 2017

  • Pelajar akan diberikan Kad Debit Pelajar KADS1M bernilai RM250.
  • Kad debit pelajar boleh digunakan dimana-mana kedai buku yang terpilih. Penggunaannya adalah sama seperti kad debit namun jumlah kad debit pelajar ini terhad untuk jumlah RM250 sahaja.
  • Hanya pembelian buku, alat tulis, alatan komputer dan akses internet sahaja dibenarkan menggunakan kad debit ini.

Semakan KADS1M Secara Online

Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M

  1. Pergi ke applikasi semakan KADS1M : https://bppt.bankrakyat.com.my/semakan/
  2. Sila masukkan No Kad Pengenalan/ IC
  3. Klik ‘Semak

Nota : Se.makan status KADS1M secara online akan diperkenalkan oleh Bank Rakyat pada 1 Jun 2017

Cara Semakan Kad Debit Pelajar KADS1M Online

Semakan KADS1M Melalui Talian Hotline

  1. Telefon Bank Rakyat Hotline di 1 300 80 5454
  2. Pilih Bahasa
  3. Key in “1” untuk status permohonan KADS1M
  4. Key In No Kad Pengenalan dan tunggu sehingga panggilan anda diangkat
  5. Beritahu receptionist yang anda ingin menyemak status permohon Kad Debit Pelajar anda.
  6. Berikan maklumat lengkap anda seperti yang diperlukan
  7. Jika permohonan anda tidak terdapat dalam sistem, minta pandangan mereka bagaimana cara untuk memohon semula KADS1M
  8. Jika permohonan anda terdapat dalam sistem. tahniah diucapkan.

Kenyataan Media Oleh KPT

Berikut adalah kenyataan media KPT mengenai semakan status permohonan Kad Debit Pelajar secara online.