Live streaming Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Gandingan Neelofa & Zul Ariffin

Powered by WP Review

Live streaming Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Gandingan Neelofa & Zul Ariffin. Peminat Neelofa dan Zul Ariffin boleh menarik lafas lega apabila impian mereka untuk melihat kedua-dua bintang popular ini bergandingan bakal menjadi kenyataan. Neelofa dan Zul Ariffin (#zulofa) bakal bergandingan dalam drama Ti Amo SweetHeart 100 untuk saluran Astro sempena Hari Raya Aidilfitri nanti. Drama yang bakal diterbitkan dalam 5 episod ini pastinya dinanti-nantikan ramai peminat Neelofa & Zul Ariffin.

Live Streaming Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Gandingan Neelofa & Zul Ariffin

Live streaming Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari Gandingan Neelofa & Zul Ariffin

Sebelum ini, peminat kedua-dua bintang ini sering berharap agar Neelofa dan Zul Ariffin akan bergandingan sebagai pasangan dalam drama. Kedua-dua mereka sama cantik dan sama-sama popular. Gandingan mereka berdua pasti ditunggu-tunggu dan bakal mencetus fenomena baru dalam industri drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari.

Sinopsis Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari

Satu penipuan… satu fitnah. Malissa ditinggalkan oleh suaminya (Iskandar) setelah setahun mereka mendirikan rumah tangga. Dina, permata hati Malissa dibawa pergi bersama Iskandar. Dua tahun Malissa cuba menjejaki Iskandar sehinggalah seorang lelaki misteri membekalkannya maklumat terkini keberadaan Iskandar. Demi sebuah penjelasan, Malissa nekad ke Itali untuk bersemuka dengan Iskandar. Satu insiden di apartmen Iskandar menemukan Malissa dan Dina semula. Tidak mahu Dina kemurungan akibat berpisah sekali lagi dengan Malissa, Iskandar membuat satu tawaran. Malissa menjadi babysitter Dina hinggalah khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Apabila kebenaran telah terbongkar, Iskandar cuba mendapatkan semula cinta dan kepercayaan Malissa namun, sukar bagi Malissa memberikan peluang kedua buat Iskandar. Hatinya sudah hancur lumat! Sekali lagi Iskandar membuat tawaran kepada Malissa. Tinggal bersamanya selama seratus hari. Dan dalam tempoh itu dia akan cuba mendapatkan semula cinta Malissa.

Berjayakah Iskandar mendapatkan semula cinta Malissa dalam tempoh seratus hari itu?

Siapakah dalang di sebalik fitnah yang dilemparkan kepada Malissa itu?

“Masihkah ada cinta di pertemuan kedua?”

___________________________________________

Peminat Teruja Gandingan Sulung Neelofa-Zul Ariffin Dalam Drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari

KUALA LUMPUR 7 Feb.-Tidak sampai satu jam selepas pengacara popular, Neelofa mengumumkan dia bakal bergandingan dengan Zul Ariffin dalam sebuah drama ketika mengacara MeleTop malam tadi, media sosial dibanjiri dengan gambar mereka berdua.

Rata-rata peminat kedua-dua pelakon popular ini tidak sabar untuk menyaksikan gandingan mereka buat pertama kali dalam sebuah drama dan mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua anak seni itu.

Menganggap harapan dan tanggungjawab itu sebagai satu sokongan tidak berbelah bahagi peminat, Neelofa mahu memberikan yang terbaik dan mengharapkan agar semua peminat sabar menantikan drama istimewa itu.

“Tidak sangka pula ramai yang teruja dan gembira tetapi saya berterima kasih kepada peminat yang menyokong. Memang sengaja saya buat kejutan sempena ulang tahun kelahiran saya tidak lama lagi.

“Insya-Allah, kami akan menjalani penggambaran di Rome, Itali pertengahan bulan ini dan drama tersebut akan ditayangkan tidak lama lagi,” katanya yang mengakui tidak sabar untuk kembali ke set penggambaran. – UTUSAN ONLINE

Sama-samalah kita nantikan gandingan sulung Neelofa-Zul Ariffin dalam drama Ti Amo SweetHeart 100 Hari.