Senarai Finalis AME2018 Anugerah MeleTOP Era

Powered by WP Review

Senarai Finalis AME2018 Anugerah MeleTOP Era 2018. Pelakon Zizan Razak menguasai senarai calon akhir Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) dengan lima pencalonan daripada 16 kategori yang dipertandingkan. Zizan dicalonkan menerusi kategori Bintang Filem Meletop, Fesyen Meletop, Artis Lawak Meletop dan Duo Meletop bersama SonaOne serta Filem Meletop lakonannya berjudul Abang Long Fadil 2.

Finalis AME2018 Anugerah MeleTOP Era

Senarai Finalis AME2018 Anugerah MeleTOP Era

Mengekori rapat ialah Zul Ariffin, Siti Nordiana dan Jep Sepahtu dengan pencalonan dalam tiga kategori.

Zul Ariffin dicalonkan dalam kategori Bintang Filem Meletop dalam dua buah filem iaitu J Revolusi dan Tombiruo.

Selain itu, dia turut bersaing untuk Pelakon TV Meletop, Filem Meletop dan Drama Meletop.

Penyanyi Siti Nordiana pula dipilih dalam kategori Hos Meletop, Penyanyi Meletop dan Pelakon TV Meletop.

Manakala, Jep (Sepahtu) untuk Artis Lawak Meletop, Penyampai Radio Meletop dan Couple Meletop.

Pengumuman lima pencalonan teratas itu diadakan pada sidang media yang di Timbre @ The Row, di sini, Selasa.

Anugerah MeleTOP Era 2018 bakal diadakan pada 8 April depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil dekat sini.

 

Ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104), Ria HD (123) dan Maya HD (134) pada pukul 9 malam.

Acara itu bakal dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Neelofa dan akan diserikan dengan penampilan istimewa beberapa selebriti menemani pengacara utama.

Sementara itu, pemenang Top Top MeleTOP tahun lalu, Fattah Amin dan Neelofa masing-masing mendapat dua pencalonan iaitu Pelakon TV Meletop dan Fesyen Meletop.

Lebih menarik, lima anak selebriti popular yang dicalonkan untuk kategori Si Cilik MeleTOP ialah Lara Alana, Aaisyah Dhia Rana, Arif Jiwa Asyraf, Syeriv Samheizy dan Yusof Iskandar.

Antara artis yang bakal mengadakan persembahan pada malam kemuncak AME2018 ialah Mas Idayu, Awie dan Mus May, Ernie Zakri dan Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, Xpose band, Ruffedge dan Virgoun. – mStar

Senarai Finalis AME2018 Anugerah MeleTOP Era

Lagu MeleTOP

Bayang (Khai Bahar)

Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)

Jampi (Hael Husaini)

Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)

Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

 

Filem MeleTOP

Abang Long Fadil 2

Bisik Pada Langit

J Revolusi

Kimchi Untuk Awak

Tombiruo Penunggu Rimba

 

Hos MeleTOP

Aliff Satar

Datuk AC Mizal

Jihan Muse

Nabil Ahmad

Siti Nordiana

 

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin

Neelofa

Nur Fazura

Syafiq Kyle

Zizan Razak

 

Penyanyi MeleTOP

Hael Husaini

Ayda Jebat

Haqiem Rusli

Khai Bahar

Siti Nordiana

 

Bintang Filem MeleTOP

Janna Nick

Nur Fazura

Zizan Razak

Zul Ariffin (J Revolusi)

Zul Ariffin (Tombiruo)

 

Si Cilik MeleTOP

Aaisyah Dhia Rana

Lara Alana

Arif Jiwa Asyraf

Yusof Iskandar

Syeriz Samheizy

 

Pelakon TV MeleTOP

Neelofa

Fattah Amin

Siti Nordiana

Syafiq Kyle

Zul Ariffin

 

Program MeleTOP

Gegar Vaganza 4 minggu 1

Gema Gegar Vaganza

Maharaja lawak Mega 2017

Sepahtu Reunion Live 2017

Tazkirah Malam Jumaat

 

Artis Baharu MeleTOP

As’ad Motawh

Farah Nabilah

Fendy Bakry

Hannah Delisha

Wany Hasrita

 

Couple MeleTOP

Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila

Akim Ahmad & Stacy

Amyra Rosli & Amar Baharin

Jep Sepahtu & Sari Yanti

Mia Ahmad & Izham Tarmizi

 

Artis Lawak MeleTOP

Fikry Ibrahim

Jep Sepahtu

Kamal Adli

Sharifah Sakinah

Zizan Razak

 

Penyampai Radio MeleTOP

DJ Lin

Fad

Jep

Johan

Radin

 

Duo / Group Meletop

Akim &The Majistret

Caliph Buskers & Faizal Tahir

Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir

Tajul & Wany Hasrita

Zizan Razak & SonaOne

 

Drama MeleTOP

Cekelet Semanis Honey

Hero Seorang Cinderella

Mencintaimu Mr. Photographer

Red Velvet

Titian Cinta

 

Program Radio MeleTOP

JoHaRa Pagi Era

Petang ERA

Santai Sinar

Super 40 Era

Suria Cinta