Gaji Lee Chong Wei Yang Ramai Tak Tahu

Powered by WP Review

Gaji Lee Chong Wei Yang Ramai Tak Tahu – Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah atlet terkaya di Malaysia? Rasanya tidak ramai yang tahu kerana perkara ini tidak pernah dihebohkan, baik oleh Majlis Sukan Negara atau tuan empunya diri atlet itu sendiri. Namun berdasarkan kiraan secara congak, jaguh badminton, Lee Chong Wei adalah atlit terkaya Malaysia dengan pendapatan antara RM2 juta hingga RM3 juta, pada tahun 2010 sahaja.

Walaupun pendapatannya itu tidak sehebat Tiger Woods yang muncul atlit dunia yang memperoleh pendapatan tertinggi 53 juta euro (RM222.6 juta), tetapi jumlah yang diraihnya itu berbaloi dengan pengorbanan dan kerja kerasnya selama ini.

Gaji Lee Chong Wei Yang Ramai Tak Tahu

Berikut merupakan kiraan congak kekayaan Lee Chong Wei:

Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.

Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.

Gaji Lee Chong Wei Yang Ramai Tak Tahu

 

Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta. Gaji Lee Chong Wei Yang Ramai Tak Tahu.

Setakat lima kejohanan tahun ini – Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India – pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Namun kekayaan Lee Chong Wei itu bukanlah angka yang tepat. Nilai itu hanya dicongak melalui jumlah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) yang dimenangi oleh Lee Chong Wei, tetapi tiada maklumat tepat tentang jumlah penajaan yang diterima oleh beliau.

Sumber : Billyinfo