Gambar Rasmi Anak Siti Nurhaliza Dan Datuk K Viral

Powered by WP Review

Gambar Rasmi Anak Siti Nurhaliza Dan Datuk K Viral. SELEPAS berkongsi suara dan baju pertama yang dipakai puteri sulungnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi gambarnya bersama anak yang diberi nama sementara Fatimah Az-Zahra. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Siti dilihat memegang bayinya tanpa mendedahkan wajah.

Gambar Anak Siti Nurhaliza

Gambar Rasmi Anak Siti Nurhaliza Dan Datuk K Viral

Dalam posting terbaru itu, Siti, 39, melahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mereka berdua.

“Saya bersama suami serta anakanda kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah dan mendoakan kami dari mana saja anda berada, Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan lain-lain.

“Kepada rakan-rakan artis saya juga, terima kasih di atas ucapan dan ingatan kalian,” tulisnya.

Tambah Siti, keadaan mereka berdua juga dalam keadaan baik.

“Alhamdulillah, saya dan anakanda dalam keadaan baik, pihak doktor dan jururawat menjaga kami dengan baik.

“Terima kasih juga kepada semua pihak yang mengirimkan hadiah sehingga ke hari ini.

“Buat masa ini saya hanya dinasihatkan untuk berehat oleh doktor,” ujarnya diikuti tanda pagar #BabyCTDK.

Gambar Rasmi Anak Siti Nurhaliza

Perkongsian itu mendapat lebih perhatian para pengikutnya.

Rata-rata peminat melahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikan gambar penuh Fatimah Az-Zahra, biarpun gambarnya sudah tersebar kurang 24 jam selepas kelahirannya.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu secara pembedahan. – Sinar Harian

Gambar Rasmi Anak Siti Nurhaliza Dan Datuk K Viral