Permohonan Masuk Pusat Kemahiran GIATMARA 2018

Powered by WP Review

Permohonan kemasukan Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA 2018 di seluruh Malaysia kini dibuka sehingga 31 Disember 2017 bagi sesi kemasukan Januari 2018 bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus bidang kemahiran di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA),

giatmara 2018

Permohonan Masuk Pusat Kemahiran GIATMARA 2018

Cara Permohonan

Permohonan baru sudah di buka. Terdapat dua pilihan program di GIATMARA iaitu Sepenuh Masa dan Separuh Masa.

  1. Untuk Permohonan Kemasukan Baru GIATMARA 2018 melalui Online, ianya hanya untuk pemohon program latihan secara SEPENUH MASA (full time), Sila layari website berikut untuk mengisi borang permohonan anda: http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/
  2. Bagi yang berminat dengan program latihan secara SEPARUH MASA (part time), sila dapatkan di sini:borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda.

Syarat Kemasukan Pusat GIATMARA 2018

Berikut adalah syarat umum bagi pemohon untuk memohon kemasukan ke Pusat GIATMARA.
  • Bumiputera
  • Umur minima 15 tahun
  • Boleh Membaca, Menulis dan Minat (3M)
  • Sihat tubuh badan
  • Tamat tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawaian Elektrik & Penjaga Elektrik

Kemudahan

Pelbagai kemudahan turut disediakan kepada pelatih yang mengikuti latihan di di GIATMARA. Pelatih yang berdisiplin dan mempunyai kesungguhan yang tinggi akan diberi keutamaan untuk menggunakan segala kemudahan sepanjang tempoh pengajian. Di antara kemudahan latihan yang disediakan oleh pihak GIATMARA ialah :

  • Latihan percuma
  • Elaun bulanan RM200 bagi pelatih sepenuh masa
  • Kemudahan menggunakan peralatan dan mesin
  • Sukan dan Rekreasi
  • Sijil Kemahiran GIATMARA
  • Sijil JPK (di mana berkenaan)
  • Sijil Suruhanjaya Tenaga (Pendawaian Elektrik)
  • Program Keusahawanan (selepas tamat latihan)

Anda boleh semak senarai lengkap kursus dan lokasi yang ditawarkan oleh Pusat Latihan Kemahiran GIATMARA di seluruh Malaysia di sini: Senarai Kursus & Lokasi Pusat Kemahiran GIATMARA.

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada :
Jabatan Pembangunan Pelatih GIATMARA Malaysia

Tingkat 4 Bangunan Medan MARA
21 Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur
Telefon : 03 2691 5111 sambungan 3402
Fax : 03 2691 0249
e-mail : pel@giatmara.edu.my

Search terms:

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih